27/04/2012


Imbas kembali, masa Bersih 1.0, masa tu aku masih student. Acess internet sangat terhad masa tu. Kebanyakan sumber info datang dari media utama. Ada beberapa membe aku yang pergi. Siap diorang kene tembak dgn water canon lagi. Dengar cerita diorang macam best. Yang aku ingat, ada wartawan Al-Jazeera buat live coverage kat situ. Membe aku sempat enter frame belakang reporter tu. haha.


Bersih 2.0. Masa ni aku dah kahwin dan duduk kat KL. Kali ni baru terasa bahangnya. Kat media utama, memang takde citer sebenar pasal Bersih ni. Sume cerita putar belit da seolah-olah bersih takde sambutan. Tapi sangat berbeza dgn di alam maya, rata2 blog2 femes, ada tunjukkan sokongan diorang. Aku tanya membe aku kat shah alam yang jenis kaki hiburan, mmg diorang tak tau pape dan hanya mengulang apa yang disampaikanoleh media utama.

6 julai tahun lepas, masa balik kerja, memang jem gile2. Aku tak sangka sampai tahap macam ni sebab first time aku merasa bile dah dok kl. Sume jalan masuk ke Kl sudah kene block. Bayangkan, dari Tesco rawang nak ke Shell temple tu jarak lebih kurang 2 kilo je kot, aku sampai kat tesco kul 6.30, kul 8.30 baru sampai shell. gile. Minyak plak tinggal 2 bar je. nasib baik aku tau 2 bar tu boleh pergi bape jauh lagi. hehe.


Malam tu, jalan2 utama sekitar KL lengang. Nak baring atas jalan pun boleh. Polis boleh dilihat di sana sini, kete perisai, water cannon, rasa macam movie resident evil pun ada. Balik rumah, kat fb, ramai kutuk kat wall n blog, buat sape yang paham, diorang kutuk polis dan kerajaan. buat saope yang tak paham n tak tau cerita sebenar, diorang kutuk bersih dgn ayat berbaur perkaumaan.

kebetulan, sabtu tu aku ada keje, disebbkan takut terperangkap, kul 7 aku dah kuar rumah. itupun kat tepi pwtc ada road block, tanye aku nak pergi mana. aku jawab nak g kerja. yang aku perasan, jalan masuk kl sume dah kene block. hanya jalan nak keluar kl je yang masih dibuka. Serius, tu first experience aku dgn benda2 macam ni. aku expect akan ada kekacauan. sbb tu aku chow awal2.

petang tu aku balik shah alam. mak aku bukak tv1 dan tv3. mengikut laporan, diorang kata bersih gagal dan tak mendapat sambutan. then bile aku bukak internet, mmg jauh beza la dgn apa yang tv laporkan. lautan manusia memenuhi Kl. aku pun tak tau macam mana diorang ni boleh lepas. padahal susah gile kot nak masuk. aku tunjuk kat mak aku, mak aku pelik. kenapa tak sama dengan tv. tapi mak aku tetap jugak kutuk. aku dgr je. tak guna lawan cakap dgn orang tua bende2 macam ni.


Bersih 3.0. Same je macam edisi sebelum ni, tetap ditentang habis-habisan oleh kerajaan. Nampak kerajaan takut sangat dan terus memutar belitkan fakta dgn mengaitkan ia dgn agama dan LBGT. Cuma tahun ni, plan asal duduk kat Dataran Merdeka je sbg tanda protes penipuan yang dilakukan oleh SPR. 

Di detik aku menulis post ni, ada lebih kurang 48 jam sebelum bersih 3.0 dan aku expect esok akan ada kesesakan teruk nak masuk KL. Sebagai mengambil pengajaran kisah lepas, walaupun pagi esok, ribut taufan pun, aku akan tetap g keje naik motor supaya aku tak sangkut bila balik keje. Nasib baik ada motor. Itulah gunanya motor. Nasib baik aku tak jual dulu. Hehe

Anyway, ini pengalaman aku sendiri. Sama ada korang nak sokong atau kutuk Bersih, terpulang la pada pendapat dan kepercayaan masing2. Bagi aku, tindakan tu bergantung dari sumber mana korang dpaat info. Tu je. Sebagai sebahagian daripada warga Kl, nk tak nak, aku kene tempuh jugak la apa yang jadi utk sampai ke rumah. hehe.



Current mood: Ngantuk
Listen to: Anak Kampung - Jimmy Palikat feat One Nation Emcee
After this: Seat up 40 kali, lepas tu tido..

2 comments:

  1. xtau pulak ade bersih 1.0. hehe

    ReplyDelete
  2. Tula, masa tu tak femes lagi. ramai tahu.

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe