22/04/2012


Kat rumah aku, ada satu kedai makan. Aku memang suka dinner kat situ sebab environment die nice dan layanan pekerja pun tip top. Boleh dikatakan setiap kali aku dinner, mesti pergi situ.

Cuma sejak akhir2 ni, layanan dah semakin teruk. Bukan teruk macam mana, cuma dah tak sepantas dulu. Macam dulu, bila duduk je mesti orang amik order. Sekarang ni, dah la takde siapa peduli sampai kita kene panggil die amik order. Ok, memang tidak dinafikan kedai tu ramai orang. Cuma staff tak cukup. Staff yang aku tgk ni pun ramai yang baru. Yang lama tak tahu pergi mana.

Aku bukan nak complain waiter tu tak bagus ke apa, cuma aku tgk kedai tu maki  lama makin besar. Sampai 60 meja. Bayangkan la. Lepas tu staff pulak makin kurang. Disebabkan kedai tu memang selalu ramai orang datang, so jadi macam tak terlayan.

Kesian kat customer. Kalo macam dulu, lepas 10 minit air sampai, mesti makanan pun sampai. Sekarang ni, kalau order air panas, sampai jadi sejuk belum tentu sampai. Kalau yang order air sejuk tu, ais tu sampai cair n silap2 dah habis orang minum. Ada yang lagi teruk, dah duduk 15 minit pun takde orang amik order.


Bukan tak kesian, kesian kat pekerja tu cuma siapa pulak nak kesian customer kan? Kadang2 memang dah betul2 lapar, tapi sejam kemudian baru dapat makan. Then, sume orang nak jimat masa, takkan nak buang masa sampai sejam nak tunggu makanan kan? Sapa yang pernah kena tau la.

Cuma sekarang ni, aku tak paham kenapa kedai makin besar, meja makin banyak tapi staff makin sikit. Kene pulak jenis yang baru ni, nak tunggu sampai kita panggil baru die datang walaupun die nampak kita pandang die. Kalau keadaan ni berterusan, takut customer lari je. Aku sendiri pun, kalau 10 minit tunggu, then after lepas panggil pelayan pun die tak layan, aku trus g kedai lain.

30 minit tu kira acceptable la masa untuk menuggu makanan. Tapi kalau sampai sejam, tu memang melampau. 

Current mood: Agak tension menunggu. Tgk orang lain pun sama.
Listen to: EPL
After this: Tunggu makanan lagi la....

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers