04/04/2012

Sejak bulan dua, takde banyak movie yang best keluar. Yang begitu berbaloi untuk ditonton di pawagam. Aku rasa bulan 2 ari tu memang tak pergi pawagam langsung sbb tangan wife aku patah. Aku banyak amik yang membe download or beli kat pasar malam. Namun sejak SOPA dilaksanakan, agak sukar untuk dapat stok dari membe lagi sebb byk download provider dah kena tutup.

Movie yang paling aku nak tengok sekali ialah The Avengers, tapi lambat lagi. Banyak superhero dalam cerita ni. So kalau super hero dah kene bergabung, agaknya siapa villain nye ye?


Maka sementara tu boleh la kalau nak layan Wrath of The Titans ni. Tak lain tak bukan cerita mitos pasal god dan titans greek. Citer die pasal peperangan gods dgn titans. Buat yang tak tau, Titans tu ialah tuhan asal. Anak diorang lahirkan dipanggil gods. So citer ni mesti pasal peperangan antara gods dan titans.  Dah boleh agak. Cuma tengok trailer macam best. Dalam trailer mesti semua best kan?


Dan yang paling penting sebelum The Avengers ialah Battlefield. Rupa-rupanya movie ni diaptasi daripada permainan Battlship yang aku main masa sekolah rendah dulu. Budak lelaki mesti pernah main kot. Tengok cerita pun dah tahu cerita lelaki. Banyak tembak2, letup2, robot2. aksi2 dan sebagainya yang sesuai. Macam biasa, tgk trailer nampak cam best. Cuma apa yang aku nampak aksi perang tu macam mirip2 transformers je. Tapi takpe. Kita tengok dulu.


Tu je la kot. Yang lain tak kisah sgt. Bagi aku la, facility pawagam tu canggih. Sebab tu kene tgk movie yang boleh utilize kecanggihan tu. Kalau setakat cerita jiwang or romantik komedi, baik beli dvd je. Kalau cerita melayu, tunggu je la raya. Ada la tu kuar kat tv. haha

Curren mood: Selsema datang dah
Listen to: Cerita Dia - Drama
After this: Tido. zzzz


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe