22/04/2012


Aku mula tau pasal gamba ni dalam pukul 4 lebih hari jumaat ari tu. Agak mengejutkan jugak sebab kereta ni baru launch minggu lepas. Ianya akan memberi impak yg sangat besar kepada engineering team dan marketing team yang dah struggle setahun lebih untuk siapkan kereta ni. Berdasarkan kenyataan rasmi daripada Proton, insiden ini berlaku disebabkan eksiden. Terus terang,  bagi sebenarnya statement yang diberikan tu sebenarnya agak fishy dan daripada post yang aku baca, rasanya bukan aku sorang yang fikir mcam tu. Statement tu nampak macam nak cover up something. Anyway, orang lain cuma boleh buat assumption. Apa yg berlaku cuma orang yang terlibat je yang tahu.

Point yang aku nak nyatakan kat sini ialah bertapa hangatnya sambutan yang diberikan kepada insiden ni. Lepas balik kerja, ada la beberapa orang membe aku yang keje kat Proton post status yang emo2 kat wall masing2. Siap dengan link lagi. Then bila aku bukak link tu, pergh, beratus2 komen. Dalam link tu ada link lagi. Beratus2 komen jugak. Aku cuba baca semua komen2 tu sebab 'drama' dan 'fight' die agak menarik. Yang backup akan backup, yang basher akan bash. Sedar tak sedar, aku habiskan 3 jam utk baca sume2 tu. Itu pun ada byk lagi link. Tak larat aku nak baca. Lagipun aku rasa point die mesti lebih kurang je.

Sebenarnya insiden ni akan memberikan publisiti kepada Preve, cuma dalam keadaan bad la. hehe. Sampai masa aku joging semalam pun, aku ada dgr beberapa orang sembang pasal benda ni.

Aku boleh faham la kalau bende ni jadi kat aku, dan perkara mcm ni pun pernah jadi masa model baru Perodua launch dulu. Emo jugak aku nak defense. Tapi lama2 aku rasa macam buang masa je defence sebab customer point of view tak sama dengan manufacturer point of view. So diorang comment base apa yang diorang nampak dan tahu dan of coz apa yang diorang nampak dan tahu tak sebanyak yang manufacturer nampak dan tahu. Kalo nak fight pun, benda ni akan jadi endless, sia2 dan ulangan point je.

Sebab tu kalau jadi bende2 macam ni, pekerja proton sebenarnya perlu buat bodo dan tak payah kuar ape2 statement. Biarkan department PR je yang setelkan. Korang focus kat keje korang je. Hati akan lebih tenang. Percayalah. Lagipun korang defence bermati-matian pun apa korang dapat? Korang jamin ke korang akan keje sampai pencen? Korang ada share ke dalam company tu? So tak payah lebih2. Mostly yang aku nampak, orang bekerja 5 tahun ke bawah je yang rajin gado2 macam dalam forum n blog ni.  Yang senior2 ni relax je sebab diorang dah lali. Kat company aku pun sama jugak. haha

Anyway, walaupun aku bekerja dengan syarikat competitor, rapi ramai kawan aku kerja kat Proton, so aku promote la sikit. Sian kat korang. hehe.


Current mood: Ngantuk sket. Tapi jap lagi nak joging.
Listen to: Pulang lah - Awie Rafael
After this: Solat Asar, lepas tu joging.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe