04/04/2012

Baru-baru ni aku berkesempatan untuk meronda-ronda dengan memandu VW Polo 2011. Terus terang cakap, aku tak pernah bawak kereta secanggih kereta ni. Bukan nak ampu ke apa, tapi apa yg aku feel dalam kereta ni tak pernah aku rasa sebelum ni dalam banyak2 kereta yang aku drive terutamanya dari segi performance.


Cuma aku discover, susah nak bawak kereta ni slow. Kaki tu rasa nak tekan je sebab kita boleh rasa bertapa powernya kereta ni. Setakat nak cecah 100km/h tu kacang sangat. Jadi untuk elakkan speed trap, kene kontrol area 80 km/h kalau kat jalan kampung. Sgt sukar sebenarnya. Ok, la takde la sukar cuma rasa tak selesa.

Then masa kat highway mmg aku belasah sampai 160 km/h tapi masih rasa stabil. Tak rasa cuak pun. Sedap je rasanya. Agaknya la kan, macam tu la kot rasanya orang yang bawak kereta2 mewah ni kat highway. Selalu masa balik kampung aku tgk mmg laju tak hengat. Rupanya memang sedap pun menekan dan rasa selamat je walaupun laju.

Anyway, kereta yang aku bawak ni cuma 1.2L TSI je. Aku tgk manual books ada jugak yang 1.4, 1.6 TSI. Kalau 1.2 pun dah rasa macam pelesit, kalau 1.6 macam mana la agaknya kan.

Overall aku mmg suka sangat kereta  ni. Tapi tak mampu. Huhu

Current mood: Letih sket.
Listen to: THR Gegar
After this: satu lagi post

3 comments:

  1. tula. merasa la jugak. hehe.
    memang best kete tu. padan dengan harga die.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe