23/05/2012


Aku dah habis baca novel ni dua hari lepas. Susah betul nak habeskan sebab aku ada assignment. Dah baca separuh jalan, then stop. Lepas tu blur plotnye. Lagipun banyak sangat watak nak kene ingat. Ditambah pulak dengan flashback, kene cek betul2 supaya tak blur.

Novel ini dimulakan dengan rancangan rompakan di CIMB banggunan Shah alam. Sebagai orang shah alam, memang aku tahu sangat la tempat tu. Dulu masa nak masuk uni pun aku bukak akaun kat situ. Awalnya rompakan tu nampak macam berjalan lancar. Tetapi sempat diganggu last minit. Salah seorang penjenayah kene tembak. Tapi diorang still dapat lari dengan sejumlah wang beserta satu kotak safety deposit.

Scene bertukar ke Rumah jagaan orang tua. Salah seorang penghuni rumah tersebut sakit dan dihantar  ke hospital klang. Memang aku tau sangat la tempat tu sebab aku pernah masuk wad 5 hari kat situ sebab denggi. Kebetulan pula, penjenayah yang kene tembak tu ditempatkan di sebelah katil dengan penghuni rumah orang tua ni. Kebetulan pula nurse rumah orang tua ni kenal dengan penjenayah yang kene tembak.

Then lepas tu plot dikembangkan dengan identiti poenjenyah dibongkar, siapa diorang dan apa kerja diorang. Mastermind kepada rompakan itu sebenarnya ialah seorang peguam. Untuk menambahkan spin lagi, peguam ni adalah boyfriend kepada nurse pusat jagaan orang tua tersebut. Mungkinkah semua ini kebetulan.

Ada dua flashback scene dalam novel ni, 1st: Cerita tentang penghuni rumah orang tua yang terlantar di hospital klang masa muda. 2nd: cerita tentang apa yang berlaku kepada si peguam beberapa tahun lepas. Dari awal novel, macam tak nampak macam kedua-dua flashback ni takde kaitan sebab latar masa, tempat dan watak yang tak sync. Sampai di suku terakhir novel ni, kaitan tu mula nampak seditkit demi sedikit.

Ending novel ini begitu dramatik sebab akhirnya kita akan dapati kedua-dua flashback yang diceritakan sebelum ini sebenarnya merupakan motif utama rompakan tersebut. Boleh dikatakan juga sebenarnya dendam. Nak tau apa yang terjadi, baca la sendiri ye. Hehe

Ok, novel ni kaya dengan kosa kata. Banyak perkataan yang tak pernah dengar kita akan jumpa dalam novel ini. Mungkin juga penulisnya merupakan seorang debaters yang banyak membaca. Boleh dikatakan penulis ni tau banyak bende la jugak. Mungkin die ada buat research sebelum tulis novlel. Ayat-ayat yang digunakan ringkas dan mudah difahami. Tidak berbunga dan berkias2. Dialog antara watak jugak mencerminkan kehidupan sebenar. Dari segi sosial, cerita ni memaparkan budaya karbaret dan minum arak yang menjadi trend di kalangan masyarakat melayu bandar suatu ketika dulu. Then aku tak faham kenapa peguam tu dan aweknya duduk satu rumah tanpa berkahwin.  Terselit juga unsur2 18SX dalam novel ni. Ayat penceritaan yang digunakan membuatkan kita mudah untuk membayangkan 'aksi' yang berlaku.

Kesimpulannya, sebuah novel yang menarik dan berbaloi untuk dibaca sebab ceritanya tak linear dan ending yang mengejutkan. Mengikut sumber portal hiburan, novel ini juga akan difilemkan.

Current mood: So-so
Listen to: 100 kali - Axl's
After this: Sambung drama Jepun kot?

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers