21/05/2012

Sejak akhir2 ni aku banyak terkenang kenangan lepas. Makin kuat aku cuba counter, makin kuat ingatan tu menjelma.

Walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan, mengapa sering terjadi pilihan yang tidak menepati
Hingga amat menakutkan, menghadapi masa depan, seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus.

Kadang-kadang dalam hidup ni kita memang tak dapat elakkan rasa.

Kenapa semua ni berlaku macam ni?
Kenapa aku? 
Kenapa takdir aku macam ni?

Sebagai manusia, kita memang tiada jawapan untuk soalan-soalan di atas sebab, bukan kuasa kita untuk menentukannya. Cuma kita kene percaya apa yang kita lalui sepanjang hayat kita adalah yang terbaik.
Dalam hidup ni kita kena memilih. Dari kita celik mata sampai la tido malam, kita kene buat pilihan. Ada pilihan kecil ada pilihan besar.

Bertuah la kalau pilihan kita tu pilihan yang tepat dan sukar jika pilihan kita itu sebaliknya. Ada kesilapan boleh diundur, ada yang kekal. Cuma kita kene redha jika pilihan itu tidak seperti yang kita harapkan.

Well, aku tak tau sama ada pilihan yang aku buat selama ini tepat atau tidak, cuma sebagai yang percaya pada Qada' dan Qadar, aku redha dan cuba menghadapinya dengan tabah.






Ku lalui hari demi hari sambil melihat kereta ini yg mengingatkan aku kepada kesilapan dan kegagalan aku pada masa lepas... Tanpa kesilapan dan kegagalan kita takkan beubah menjadi lebih baik....


Current mood: Letih. baru balik teambuilding
Listen to: Suratan atau Kebetulan - Kenny, Remy, Martin
After this: Tido.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe