12/05/2012

.

First time aku dengar VBA ni masa kat utm. Masa tu tgh date dgn ex aku. Aku tgk die bawak buku VBA. Masa tu aku pernah dgr VBA ni, tapi tak pernah buat programming die sebab fakulti aku ajar FORTRAN. Simple je Fortran ni. Tulis syntax kat mana2 word editor. Cuma kene ada compiler. So aku ada tulis beberapa program untuk mudahkan calculation macam nak kira luas, isipadu, convert unit. Then bila lam2 dah ok, aku siap buat system kira pointer, buat carta EPL, masukkan result game then automatic die update dalam table. Bleh dikatakan paling advance aku buat. 2 hari aku siapkan module tu. Aku bukan full time belajar programming. So take time jugak nak study. Bende ni lecturer tak ajar pun, tapi tak tau kenapa aku minat gile.

Aku cuba jugak la nak buat vehicle performance caculator. Tapi tak jadi sebab aku dah stat sibuk dengan bende lain dan byk bende yang aku tak paham pasal syntax ni.

Then one day, aku teman ex aku buat kerja kat library. Ada komputer lab. Die buat kerja VBA. Then aku tgk, interface die macam mini yahoo game. Macam form nak isi borang pun ada. Nampak smart. Nak mintak die ajar, die pun tak paham sgt. Then aku pinjam buku die. Ingat nak study, tapi VBA ni tak sesimple Fortran. Kene ada cikgu jugak. Tambahan pulak lepas tu course subject aku pun dah makin ngarut. So aku makin lama makin stop buat. 

Then lepas grad aku ada couple dgn sorang cik programming. Die banyak nak tolong aku study balik pasal VBA ni. Tapi sibuk bekerja dan takde masa. Susah nak fokus. Still tak berjaya jugak.


Masa aku training kat jepun, aku tgk la diorang buat test. Lepas abes test, diorang tekan satu butang je. Sume result dah keluar. Diorang tinggal print je. Aku tanya la diorang guna software ape. Sambil terkebil die pandang aku "Use VBA. This is only VBA".

Sama jugak masa German datang buat kerja kat tempat aku, aku tgk diorang macam klik2 je, tau2 keluar value. Then aku tanya diorang guna software ape, "This is VBA. Do you know VBA?"

Then aku cuba la study balik. Sebenarnya, kalau korang pengguna MS tegar tak kira la Excel,Word, Powerpoint, sume ada VBA. Tapi lebih dikenali sebagai macros. Sebenarnya banyak advantage kalau kita boleh manipulate VBA ni. Kerja yang amik masa sejam nak proses, dengan 1 klik je dah siap. Very2 useful and time saving. Tak payah pening2 kepala tgk nombor n tekan kalkulator.

Bagi orang jepun, VBA ni macam makan nasik je. Kenapa baru sekarang aku nak belajar VBA, tak masa zaman uni dulu? Kalau tak macam2 aku bleh buat untuk senangkan keje.

Andai masa ni dapat diundurkan semula, aku akan amik programming. Peluang kerja kat malaysia ni sangat luas sebab sekarang ni agak mustahil untuk hidup tanpa komputer dan internet. Membe aku yang satu kelas masa sekolah dulu, dah la grad awal setahun, gaji die sekarang ni, ialah gaji yang aku akan dapat dalam masa 5 tahun lagi. Huhu.


Current mood: Kenyang. Malam ni tido awal.
Listen to: Ku Merindu - Ella and Shah
After this: Solat, pastu tido. sok nak g Johor.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List