08/05/2012

Alasan perempuan selalu menjadi model dalam iklan kereta ialah kerana target buyer lelaki dan lelaki lebih mampu membeli kereta berbanding perempuan. Ok, ini mungkin idea zaman dulu2 di mana perempuan kebanyakannya suri rumah dan sudah semestinya tak mampu nak beli kereta.

Dalam zaman millenium ni, perbezaan kemampuan antara jantina sudah hampir tak wujud. Apa yang dulu lelaki boleh buat, perempuan pun boleh buat.

Macam dulu, kereta berimej maskulin sebab target buyer adalah lelaki semata-mata. Sekarang ni, banyak kereta yang target buyer die adalah perempuan semakin banyak di pasaran. So untuk up sales, banyak manufacturer dah buat kereta berimej unisex. Sesuai untuk kedua-dua jantina.

So baru2 ni aku nak cari info pasal Kia Picanto Baru. Then aku terjumpa brochure di bawah. Tapi aku bukan nak cari pasal picanto dalam brochure ni. Ada lagi baru. Bila aku tgk brochure ni aku agak kurang puas hati.


Gambar model tu lagi besar dari kereta. Kecik je kan gambar kereta tu. So nak promote kereta ke orang? Gambar kat bawak pun sama jugak, table specification halus je. Gambar model lagi besar. Ni nak jual kete ke nak jual orang?


Bagi aku la, Picanto dalam brochure ni design kureng dan dari segi performance pun takde la power sgt. Kalau tgk dari segi overall, memang boleh agak target buyer mesti perempuan. So kalau dah targetnya perempuan, perlu ke guna model perempuan? Guna la Aaron Aziz ke, Anuar Zain ke, Kalau nak guna perempuan pun, gunalah perempuan yang berimej lebih malaysia macam Najwa latiff ke, Diana amir ke, Yuna ke. Aku rasa la, model dalam brochure ni pun tak ingin naik kereta ni. Tak paham betul aku marketing strategi diorang ni.

Anyway, sebenarnya aku nak cari info pasal picanto macam ni.


So far kereta ni tak masuk Malaysia lagi dan kemungkinan besar akan masuk market malaysia pada hujung tahun ni kot. Kalau ada awek2 comey yang nak nampak stylish dgn kereta ni, boleh la kumpul duit dulu dan hold beli mana2 kereta skang. hehe

Current mood: Sakit belakang la pulak.
Listen to: TV
After this: Tido

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe