02/05/2012


Aku tak pernah bermastautin kat negara orang. So aku tak tau macam mana suasananya kalau cuti umum or cuti musim perayaan. Tapi aku amat tahu suasana cuti di Malaysia ni. Dah nama pun rakyat Malaysia kan?

Pantang cuti umum, orang malaysia akan berjalan. At least aku rasa macam tu la kot. Jalan akan jem teruk, tempat2 percutian fully booked, tempat perkelahan sesak dengan orang, shopping complex penuh. Dalam banyak2 ni, paling aku benci jem di kebanyakan jalan especially highway. Bayar tol supaya selesa, tapi jem macam kat KL. Mana tak hangin.

So cuti hari buruh, aku saja bawak mak aku jalan2 kat Genting Highland. Sebab masa bawak dinner kat kedai arab kat cyberjaya aritu mak aku ada cakap die tak pernah pergi genting. Memandangkan aku dah familiar sgt dgn genting tu, ok la, ape salahnye bawak mak sendiri pergi tgk kan? Ehem, aku familiar dgn genting selalu test kete kat sana, bukan main casino ye. haha.

Kete kabel menjadi benda wajib dicuba kot kalau nak pergi genting highland. Kalau larat, boleh la drive sendiri naik sampai atas. Tak lama n tak jauh pun. Paling cepat aku pernah buat dgn myvi pun dalam 10 minit kot. Selalunya kereta kabel ni, takde la sesak sgt. Aku pernah je naik hari weekend, tapi waiting time sampai dapat naik tu, takde la lama sgt. Paling lama pun 20minit. Cuma kesesakan kali ni luar biasa. Ramai gile orang. Mungkin sebab ada beberapa rombongan yang datang dan aku rasa diorang ada ekspress tiket. Maka diorang tak payah beratur. bayangkan la kalau satu bas tu 40 orang, bape lama nak tunggu. Aku start beratur 3.20pm, 4.25 pm  baru dapat naik. Letih kaki.

Tak suprise pun kalau kat atas tu padat. Memang padat. Nak jalan pun susah. Dari awal memang aku tak plan nak main indoor or outdoor. Saja je tunjuk2 trmpat tu. Macam tourist guide. Hehe. Aku bawak je mana2 tempat yang aku tau. Boleh dikatakan map Genting tu dah ada dalam kepala aku kot. Tapi limited kat tempat2 yang tak prohibited je la.

Hujan turun selebatnya disertai dengan guruh. Tak banyak yang boleh aku tunjuk melainkan kat indoor je. Nak amik gambar pun susah sebab orang lalu lalang. Then kitorang pergi satu curry house kat situ. Harga die memang mahal macam halal. Kitorang minum je. Total semua RM22. Giler. Nak buat macam mana, memang harga kat atas tu mahal2. Huhu.


Sepanjang aku naik kereta cable, masa balik paling senang. Tak payah beratur. Cuma kali ni, meman tak sangka, kene que lagi panjang daripada masa nak naik. Itupun aku tgk, selamba je pak2 arab ni potong que.  Memang takde sivik betul. Keadaan bertambah buruk bila beberapa geng rombongan pun nak turun jugak dan diorang ada express tiket. Kene setelkan diorang dulu baru orang lain boleh naik. Que tu tersangat la panjang, die buat style macam game snakes dalam nokia 3310 dulu. Dok pusing2. Aku rasa kalo totalkan walking distance tu, aku rasa boleh cecah kot 2 kilometer. Huhu. Bayangkan, beratur pukul 6.20pm, pukul 8.50pm baru dapat naik.

Masa nak turun genting, ada pulak eksiden kat highway. Kene que jugak, ada la lebih kurang 3 kilometer. Nak sampai plaza tol pun kene que lagi. Aku yang guna touch n go pun kene que jugak sebab orang yang nak bayar tunai banyak nak potong que guna lane hujung. Lepas drop mak aku, on the way balik KL, kat federal highway, lepas sket jambatan pulau pinang, ada jugak eksiden. Kene que dalam 2 kilometer. Masa tgh que tu, selamba je ada couple kereta depan duduk seat belakang bercomolot plak.

Begitulah lebih kurang, ingatkan hari cuti nak berjalan. Dapat tenangkan fikiran, tapi makin tension jadinya. Lenkali kalau cuti2 umum ni dok jalan area dekat dgn rumah je la. Letih btol.

Finally, macam aku cakap, aku tak takkan buat atau sokong sesuatu kalau aku tak faham sepenuhnya. So, nak tahu asal usul hari buruh? Boleh lihat kat sini.

Current mood: Sakit belakang. Drive lama sangat kot.
Listen to: Bawaku Pergi - Zizan feat Kaka
After this: Tido. Sok nak pergi Cameron pulak.

1 comments:

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers