01/05/2012

Ok, biasanya jarang orang baca blog aku. Cuma sejak aku buat post pasal Bersih ari tu, aku tgk, hit tu setiap hari akan melebihi 10. Jarang berlaku. Haha. Mungkin orang yang kenal aku tau kot aku pergi Bersih kat dataran hari tu so berharap aku akan tulis something. Hehe. Ok la, sebenarnya aku tak pasti sama ada nak tulis ke tak pasal benda ni sebab mmg aku tak sure nak tulis ke tak. haha. Tapi lepas baca pelbagai catatan dari blog lain, so aku rasa, aku pun patut la citer based on experience aku. Sesuai la dengan tajuk blog ni, I See I Think I Write.

In B4, disebabkan banyak kecelaruan, misinformation dan ketidaktahuan pasal Bersih ni, sebelum aku tulis pengalaman aku, aku harap korang baca la dulu link2 ni. Anggap la macam Bersih For Dummies. Ni sume ulasan yang aku rasa terbaik untuk ceritakan hal sebenar sebab mainstream media terlalu biased dan byk spin kisah sebenar.

1. Menurut Wikipedia - Bersih
2. Soal Jawab Bersih - SZSolihin
3. Amenoworld - Pengalaman Saya
4. Muntah Pelangi - Pandangan orang luar
5. Blog paling laser dan klakar - Tukartiub

Ok, 5 ni cukup kot. Aku recommend sgt korang baca dulu link ni sebelum proceed dgn pengalaman aku. Bg aku link paling rasional dan mudah difahami kot. Ada je byk lagi. Korang google la. Bukan kah mencari maklumat yang sahih tu tanggungjawab kita sendiri? Disebabkan link2 kat atas tu bukan tulisan aku, so kalo korang nak protes ke, nak debat ke, buat la kat website link2 kat atas ye. Aku takkan response kalo korang tanya aku.

28 April 2012, Sabtu, Kuala Lumpur


Biar aku declare awal-awal, aku bukanlah seorang pendemo. Kalau korang baca post aku sebelum ni, aku memang tak pernah join mana2 demo. Ini ialah first experience aku. Tapi tak bermakna aku tak setuju dengan Bersih ni sebab aku tau, apa itu Bersih, dan apa tujuan Bersih dan kenapa diorang buat perhimpunan. Aku bukan lah seorang yang menyokong sesuatu tanpa sebab. Aku akan make sure aku paham btol2 baru akan sokong. Sokong tanpa faham adalah orang jahil dan babi buta. Aku bukan jenis macam tu. Tapi tujuan aku dtg Bersih tu sebenarnya cuma sekadar nak dapatkan experience sebab kejadian ni berlaku kurang 5 km dari rumah aku. Rugi la dok KL kalo tak pergi tgk peristiwa bersejarah ni.

2.00 PM


Aku naik LRT kat Titiwangsa. Kat stesen ni pun dah ada beberapa kumpulan yang pakai t-shirt Bersih warna kuning. Aku tgk diorang selamba je. Ramai jugak la perhatikan diorang. Dalam pukul 2.15, aku naik tren menghala ke Masjid Jamek. Dalam tren tu pun dah ada ramai orang pakai baju kuning Bersih. Asalnya aku tak tau nak turun kat mana, tapi base on update kat FB, katanya LRT Masjid Jamek masih lagi dibuka. So aku decide turun kat situ sebab situ paling dekat dengan Dataran Merdeka.

2.20 PM

Masa tren tu lalu kat atas dataran, pergh, memang penuh dengan lautan manusia. Semua dalam tren pandang ke luar. Kelihatan, dataran masih lagi kosong sebab polis dan FRU masih mengawal dengan meletakkan barricade dan barb wire. Tiba-tiba pulak jadi excited sebab apa rasanya duduk dalam crowd yang ramai ni kan? Hehe. Kalo korang ada kat situ korang tau la macam mana rasanya. Sebaik sahaja aku turun tren, aku amik dulu sebab gambar ni akan jadi rare collection. hehe.


Byk polis berkawal kat stesen lrt. Suasana tenang, para peserta dan orang ramai memberikan kerjasama yang baik. Ada juga yang berbual dengan polis, mungkin kawan kot. Dari apa yang aku nampak, polis kat situ tak lokek senyuman. Tiada masalah, orang berpusu2 kat kiosk stesen tu. Ramai beli air dan rokok. Senang citer sapa yang jual air aritu memang masyuk la.

Aku mula memasuki crowd. Seingat aku la, last aku berada dalam crowd macam ni masa Malaysia lawan Singapore dulu. Masa tu dianggarkan 120K orang. Pelbagai jenis manusia ada kat sini dari pelbagai peringkat umur dan bangsa. Kalau korang nak tgk contoh 1 Malaysia yang terbaik, kat sini la tempatnya. Pelbagai kaum duduk bersama, berbual, bertukar pendapat dan saling mendengar.

Jalan2 ni, kalau hari biasa penuh dengan kereta, tapi hari ni penuh dengan lautan manusia. Dari update facebook, penuh sampai ke depan Maybank dan petaling street. Nak jalan pun susah sebab ramai sgt. Yang duduk atas jalan pun ramai sebab letih. Ada antara diorang dah berada atas dataran sejak pukul 12 tgh malam lagi.


Then, aku tak tau nak pergi mana sebenarnya, tapi since tujuan asal perhimpunan untuk sampai ke dataran merdeka, so aku menuju ke dataran merdeka. Lagipun aku tak pernah tgk FRU secara real. Inilah masanya. Bila lagi. 

Aku pun berjalan menyusuri lautan manusia ni perlahan-lahan. Keadaan amat tenang. Sume orang duduk dan sabar menunggu. Mungkin mereka berharap Dataran akan dibuka. Tiada provokasi. Ada jugak yang tido sebab keletihan. Ada yang memegang banner dan kain rentang. Peserta berbual sesama mereka. Ada yang main handphone. Sesekali nampak macam ketua sekumpulan kecil macam menyampaikan ucapan semangat dan saling mengingatkan supaya jangan provoke pihak berkuasa dan buang sampah. Beri kerjasama. Memang ucapan ni aku dgr sendiri. So siapa kata ni perhimpunan ganas?


Dalam crowd ni, foreigner pun ada. Bukan sorang dua, ramai jugak la yang aku nampak. Dalam celah2 orang ramai ni ada jugak orang sempat berniaga. Terutamanya berniaga air dan makanan ringan. Disebabkan sebelum datang sini aku dah lunch, so aku tak perlu beli pape kot.

Sekitar 2.50 - 3.00 PM

Akhirnya aku sampai juga depan dataran merdeka. Kelihatan polis sedang berdiri di sebalik benteng dan kawad tajam. Para peserta kebanyakkannya duduk dan menunggu. Cuma ada beberapa kumpulan kecil macam chant suruh FRU bukak. Aku tengok lautan manusia memenuhi jalan raja laut dan jalan tunku abdul rahman. Kelihatan beberapa warga tua yang duduk keletihan. Ada yang sebaya mak aku, malah ada yang lagi tua. Aku cube nak cek FB, tapi takde line. Mungkin sbb ada signal jammer yang dipasang sekitar situ.

Takde apa yang boleh aku buat selain ambil gambar dan cuba juga mencari mana tau ada kawan yang datang. Susah sebenarnya nak perasan sbb ramai sgt. Sambil tu aku cuba la berbual dgn beberapa orang kat situ. Dapat la sikit sebanyak info apa yang berlaku. 


Sekitar 3.25 - 3.40 PM

Suasana tenang bertukar riuh, kelihatan ramai orang angkat handphone n kamera masing2 seolah2 nak merakam sesuatu. Aku tgk ada sekumpulan orang depan barricade macam seolah2 provoke polis. Sume orang tergamam. Aku tak sure siapa diorang tu. Cuma sebelum datang lagi, ada orang cakap ada SB yang menyamar sbg peserta. 

Tiba2 aku tgk barricade tu macam dah takde. Then polis yang berkawal tadi semua berlari ke belakang kereta perisai FRU. Aku tgk sekumpulan orang yang provoke tadi berlari ke arah kereta perisai FRU. Aku fikir mungkin polis dah mengalah kot dan bagi orang masuk. Crowd tadi yang duduk mula bangun nak berarak ke dataran. Tambahan pula ada beberapa orang menjerit, "Masuk, masuk, polis da bukak". Masa tu, aku berdiri betul2 bawah landasan LRT.

Ketika orang  mula mara ke dataran, kereta perisai FRU mula menyemburkan air. Aku terdengar beberapa tembakan. Masa ni mula la rasa cuak. Real kot bende ni. 1st time pulak tu. Aku tgk orang ramai yang mara ke dataran tadi bertempiaran melarikan diri setelah ditembak dengan 'air busuk'. Dalam hati aku terfikir, "jahat gile polis. Bukan tadi diorang bagi masuk ke?".


Kelihatan juga asap berkepul2 di depan kereta perisai FRU. Maknanya teargas telah dilepaskan. Disebabkan rasa tak selamat, aku pun mengikut sekumpulan peserta melarikan diri.. Tiba2 aku perasan ada canister teargas melayang atas kepala aku. Mata aku jadi pedih. Ibarat macam orang tenyeh pepper spray kat mata aku. Nafas jadi sesak. Sukar untuk bernafas dan kulit macam terbakar. Dalam kepedihan tu, aku cuba juga melarikan diri dan tanpa aku sedari aku berlari sebelah canister yang masih lagi berasap tebal.

Serius masa tu aku rasa macam nak mati. Rasa macam anytime je aku nak kene tangkap. Aku dah tak pedulik apa jadi belakang aku. Cuma dalam kepedihan mata tu aku nampak ramai orang membasahkan kepala dengan air, makan garam dan sapukan garam kat kulit. Mmg dah dinasihatkan kalo nak datang kene bawak kain basah, air dan garam sebab garam akan neutralkan teargas effect tu.

Sebenarnya masa nak larikan diri tu, aku tak fikir pun nak lari ke mana, dah cuak mana ada masa nka fikir. Sedar2 aku dah sampai kat Menara CIMB kat tepi Sogo. Masa ni baru la aku rasa macam ok sket. Mata still pedih, 

Lepas mata aku ok, aku tengok belakang rupanya ramai lagi belakang aku. Kira laju jugak la aku lari. haha. Cuma aku terfikir apa agaknya nasib warga tua yang duduk kat tepi dataran tu tadi. Aku yang muda sihat ni pun struggle jugak nak lari. Dari jauh aku nampak macam trak FRU makin ke depan, so aku sambung lari balik. Kedengaran juga siren kereta polis. Tapi aku tak nampak kereta polisnya sebab orang ramai memenuhi jalan macam acara larian marathon. Tiba2 handphone aku berdering. Wife aku telefon. Disebabkan masa ni suara macam tak boleh keluar akibat susah nak bernafas, aku tak jawab panggilan tu. Baju aku pun dah berbau teargas. Kuat gile. Dah la aku tak bawak air. Nak beli, sume kedai tutup. Nak tak nak kene tahan je la. So far mata dah makin ok, nafas pun dah makin stabil cuma kulit je masih rasa terbakar.

So aku ingatkan sampai sini jela kot. Sebelum jadi pape, baik aku blah dulu. Ingatkan nak naik LRT kat Bandaraya, rupanya stesen tu dah ditutup. Kene lari lagi la jawabnya. Suasana jadi tenang semula, cuma masih kelihatan orang minum air banyak dan sapu2 garam. kebanyakan mata diorang merah2. mata aku pun sama kot. Aku tgk kebanyakan peserta dah mula nak bersurai demi keselamatan masing2. Aku pun kene bersurai jugak sebab nak g amik wife aku discharge.


Aku ingat kalau stesen LRT sultan ismail pun tutup jugak, aku pikir nak jalan kaki ke sampai titwangsa. Takde la jauh sgt. Dalam 2 kilo je. Kalau aku lari 15 minit dah sampai kot. Tibe2 hphone aku berbunyi lagi, die ingat aku kene tangkap. haha. then dgn suara penyanyi rock aku bgtau apa yang berlaku. kata wife aku, die dah bleh discharge. tunggu aku datang je. then aku cakap kalau stesen sultan ismail tutup aku kene jalan kaki. mungkin lambat sket kot.

Masa nak beredar, tibe2 datang satu motor ni, membawa sorang pakcik berhenti betul2 dekat dgn tempat aku berdiri. Mungkin unit amal kot. Die berdiri di atas motor dan menyampaikan ucapan. Die berterima kasih kerana hadir dan menyatakan demo sudah habis dan minta peserta pulang untuk keselamatan masing2.

Aku bernasib baik sebab stesen Sultan Ismail masih lagi buka. Kalau ta silap aku ada 3 stesen tutup, Plaza Rakyat, Masjid Jamek dan Bandaraya sebab terlalu berdekatan dengan lokasi perhimpunan. So, sesi mencari pengalaman aku tamat di sini sahaja.


Well, bagi aku satu ini ialah satu pengalaman berharga. Real life experience. Memang susah nak dapat sebab demo bukan selalu ada. Selama ni aku tgk dalam tv je. Aku takkan lupakan detik2 permulaan kekecohan, teargas canister melayang atas kepala aku dan macam mana rasanya kesan teargas ni. Ada beberapa gambar aku tgk ada laki selamba je kutip canister tu dan baling balik ke arah polis. Tak pakai respirator pun. Macam mana la die boleh tahan. Die cyborg kot. haha. Sebenarnya aku kalau boleh nak kutip canister teargas simpan buat kenangan. Tapi takut aku pengsan dulu kot sebelum teargas tu habes. haha

Ok, so far ni jela yang aku boleh kongsi sebab ini je yang aku nampak. Pasal insiden2 yang kuar berita tu aku tak boleh komen sebab aku tak nampak dengan mata sendiri dan tak berada di tempat kejadian. Bukannya apa, ada banyak khabar angin dan versi cerita. Tak tau mana satu yang betul. So tak fair kalau aku nak bagi opinion takut tak betul. Lain la kalau aku nampak dengan mata aku sendiri. Beberapa jam lepas tersedut teargas ni, aku sendawa pun bau teargas. haha.

TAMAT

Bagi aku la, sebenarnya apa masalah DBKL dan polis tak bagi guna dataran merdeka ni? Kan tu harta awam. kalau buat pelbagai konsert boleh, kenapa nak buat perhimpunan aman tak boleh. FYI, hanya di KL je yang berlaku rusuhan, di tempat2 lain malah di oversea, perhimpunan berlaku aman je. Siap polis tolong kawan peserta lagi. Kalau DBKL bagi guna dataran merdeka, orang semua akan berkumpul atas dataran dan tak perlu membanjiri jalan raya acam di padang esplanade penang. Perhimpunan ni akan jadi lebih lancar dan orang akan cepat bersurai. Gile apa nak duduk kt tgh2 panas tgh padang. Tu je.

To be fair, perhimpunan ni terlalu ramai. Ada yang memang peserta, ada jenis yang macam aku yg stakat nak tgk dgn mata sendiri, ada SB yang menyamar sebagai peserta, ada media, ada politician, pendek kata macam2 orang dalam ni dan mustahil nak kawal sorang2. Dalam satu kelas kat skolah pun, tak semua pelajar yang baik dan skema, ada juga yang nakal. Sama la macam perhimpunan ni. Cuma bila darah panas, bertemu darah panas, mmg akan berakhir dengan insiden la jawabnya. Masing2 akan saling tuduh menuduh dan menyalahkan cuma senang cerita macam ni la, kalau kita tak ada kat tempat kejadian dan tgk dgn mata sendiri, elok jangan ulas byk sgt dan buat tuduhan melulu.

Ok, so terpulang la kepada korang sendiri nak menilai dgn kebijaksanaan korang pasal isu Bersih ni dan aku harap sgt korang baca link2 yg aku bg kat atas tu. Kalau nak menilai, make sure kita dgr cerita kedua-dua pihak. Tu prinsip aku. Lepas dah dgr baru aku akan decide nak percaya siapa.

Yang pastinya Bersih ni akan jadi salah satu peristiwa bersejarah di Malaysia, cuma sama ada Bersih akan diceritakan secara positif atau negatif bergantung kepada siapa penulisnya.

P/S: Utusan kata hanya 3,547 peserta je yang hadir, TV3 kata hanya 25K je yang hadir. Cuba cek wikipedia kata berapa banyak yang hadir dan cari la gamba2 Bersih kat internet dan nilai lah sendiri. Kalau setakat isu bilangan ni pun media massa nak menipu, macam mana la dengan isu2 yang komplikated kan?

Current mood: Merah jari sebab menaip. So far ni post paling panjang kot. Haha
Listen to: Aku Bukan Untukmu - Rossa
After this: Tido jap. Jap lagi nak tgk Manchester derby.



0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List