03/05/2012

Sekarang ni memang tgh demam K-pop. Kat tv banyak drama korea ditayangkan. Lagu2 kpop macam makin banyak kat radio. Budak2 pun skang ni dressing pun bajet macam kpop.


Sekali sekala aku layan jugak la channel 705 segmen kpop hitz. Aku cuba fahami apa best sgt kpop ni. Kebanyakannya cuma boyband or girlband yang menari ramai sambil sorang nyanyi sket. Dari segi penampilan, awek sume kene comey2, cutting mantap, baju ketat dan tarian lenggang lenggok. Macam tarian erotik pun ada sebab ada move to mirip macam bar dancer yg aku tgk dalam filem. Lelaki pulak, muka kene jambu. Rambut ada yang tegak, ada yang tutup mata sebelah, ada yang berjurai. Baju at least kene ada jacket tapi zip tak tutup, seluar ketat, aksesori macam gelang, subang, rantai kene ada. Baru complete.

Tapi la kan, aku rasa budak2 suka kpop ni sebab faktor rupa fizikal dan body artis diorang kot. Memang kalau kita tengok diorang ni, mmg menggoda iman jugak la. Walaupun kita tahu yang kebanyakkan diorang dah operate dan modify wajah diorang disampin terpaksa lalui rutin diet yang ketat supaya dapat maintain form macam tu. Nak tau macam mana rupa sebenar orang korea ni? rajin2 la tgk Discovery or History channel.

Ok, la secara jujur aku cakap, budak2 Kpop ni macam poyo. Nak tau kenapa, hari minggu korang lepak la kat area bukit bintang dan Pavillion. Korang tau la. Anyway, mungkin aku cakap macam ni sebab faktor umur kot. Mungkin umur2 aku dah tak sesuai nak layan bende2 macam ni. Mungkin jugak la kalau sekarang ni aku remaja, aku pun follow jugak kot. Biasa la remaja, diorang akan mudah meniru identiti orang dan sgt sensitif dgn trend. Dulu aku remaja jugak, so aku bleh faham la apa yang diorang lalui sekarang.

Macam zaman aku dulu trending ialah punk rock, hip hop, b-boy, masa tu aku rasa bangga la kalau dapat ikut trend walaupun ramai orang2 cakap bende2 ni poyo. Biasa la, faktor umur dan zaman tu akan mempengaruhi penerimaan budaya dan trend. Anyway, biarlah budak2 ni dgn Kpop diorang, sok2 bile diorang dah baya2 aku skang, mungkin diorang akan rasa malu kot. Tapi kenangan kot. Hehe.

Bak kata dalam di bawah, "Setiap generasi, punya citarasa sendiri"

2 comments:

  1. tp satu kot dorg xtau, yg korea tu ade 2 musim je. winter dgn autumn. sejuk je memanjang. tu yg boleh pakai mcm tu. haha. btw, lagu kru tu, actually mmg dalam maksud dia. nice entri bro!

    ReplyDelete
  2. tula. dulu memang minat KRU. hafal banyak jugak la lagu die. hehe

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers