23/05/2012


"Knowing without doing is nothing"

Baru-baru ni company aku ada sesi teambuilding. Ada macam-macam cerita motivasi. So aku cuma nak share sket. Sket je. Tak banyak.

Semua kenal Mawi kan? Anak kelahiran felda kluang yang pernah mencetuskan fenomena Tsumawi suatu ketika dulu. Bila difikirkan balik, sebenarnya suara die takde la sedap sangat. Ramai je yang boleh nyanyi lebih bagus daripada dia. Tapi kenapa boleh dapat macam2 berbanding dengan orang yang boleh menyanyi lagi bagus daripada dia?

Mawi pergi isi borang, orang yang nyanyi lagi bagus tak buat
Mawi beratur nak pergi audition, orang yang nyanyi lagi bagus tak buat
Mawi beranikan diri berdiri nyanyi depan juri, orang yang nyanyi lagi bagus tak buat
Mawi dapat masuk 10 peserta akhir, orang yang nyanyi lagi bagus tak dapat
Mawi masuk final, orang yang nyanyi lagi bagus tak dapat
Mawi menang AF3, orang yang nyanyi lagi bagus tak dapat

Tak guna kalau ada bakat tapi tak berusaha. Orang yang tak pandai pun, kalau die rajin berusaha, InsyAllahm die boleh beat orang yang pandai yang tak buat pape yang rasa hebat.

Current mood: Letih sket.
Listen to: Memori Sekuntum Rindu - Spoon
After this: Ok, sambung drama jepun.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List