07/05/2012

Aku memang jenis bersukan. Aku suka main bola dan berjogging. In before, joging sangat membosankan. Berlari tanpa tujuan. Bukan bermaksud lari macam orang gila atau pun lari tanpa hala tuju, tapi setakat lari dan berpeluh. Itu sahaja, takde info tentang performance.

Dengan kehadiran smartphone, berjogging tidak lagi bosan, malah boleh memberikan motivasi. Hanya perlu donwload sahaja mana-mana joging tracker dan berlari la macam orang gila sekali pun, apps ni akan merekod prestasi anda.

Data larian anda akan disimpan dan anda boleh melihatnya semula untuk menilai prestasi larian anda. Ianya juga boleh menjadi pentunjuk kepada pertambahan berat. Biasanya orang berat berlari lagi slow daripada orang kurus.

Disebabkan cuti panjang hari tu aku memang tak bersenam langsung. Berlari jauh sekali. Sebab cuaca hujan dan aku sibuk jalan2. Dengan kembalinya bekerja hari ini, aku pun rasa nak start balik. Berikut ialah prestasi larian. Agak slow. Nak lari jauh2 letih sket sebab baru balik keje dan badan tak cukup fit lagi. Lokas larian ialah Tasik metropolitan, kepong.

Mode 1: Constant speed

Mode 2: Accelerate and Decelerate

Mode 1 ni senang je. Just lari je. Selalunya aku memang target 2 kilometer. Aku punya benchmark 10 minit. Kalau lebih 10 minit maknanya aku slow dan bermakna berat aku bertambah. Maintain dalam area 10 minit, maknanya aku still dalam range ok. Lebih cepat 10 minit maknanya aku dah makin ringan.

Mode 2 ni susah sket. Aku apply teknik Tabata. Lari 20 saat, jalan 10 saat. Buat 10 reps. 4 reps pertama tu ok lagi. Masuk reps ke-5, mula dah start rasa nak muntah. Cara tabata ni memang lebih penat tapi membakar kalori lebih banyak berbanding lari constant consider total distance tu sama.

So untuk hari ni, ni je la performance yang boleh. Ok la jugak, ada jugak kalori yang dibakar berbanding tak bakar langsung kan?

Current mood: Letih sikit.
Listen to: Ceramah Ustaz Azhar Idrus
After this: Update lagi. haha









0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List