28/05/2012


Walaupun aku sudah tidak bersekolah dan tidak ada anak sekolah dan aku juga bukan cikgu sekolah, tapi aku tetap happy dengan cuti sekolah ni sebab pagi-pagi jalan clear. Senang sikit nak pergi kerja.

Takde bas sekolah yang terhegeh-hegeh, Van sekolah yang berhenti tepi jalan nak turunkan budak-budak sekolah. Mak bapak yang block jalan semata-mata nak turunkan/amik anak die kat sekolah dan kebanyakan mak bapak tak payah keluar rumah awal semata-mata nak hantar anak ke sekolah. Tu belum kira dengan budak2 jalan kaki, naik basikal kat tepi jalan. Kene bawak slow nak elak diorang.

Dengan clearnya jalan ni, aku boleh la keluar rumah lambat sikit. Bagi aku, masa sangat kritikal sebab aku lalu 3 sekolah sepanjang perjalanan nak sampai ke opis. Keluar rumah lambat 5 minit boleh menyebabkan kelewatan 15 minit. Huhu.

Antara pihak yang best cuti sekolah ni aku rasa cikgu kot. kene pulak kalau suami isteri cikgu lagi best. Cuti panjang tu.

Cuma, cuti sekolah ni dinasihatkan jauhi la highway dan tempat2 percutian sebab mesti sesak dan harga lagi mahal daripad biasa. 

Ok, selamat bercuti kepada murid-murid dan gur-guru semua. Gunakan cuti yang lama ni sebaik mungkin. Profession lain tak dapat cuti lama macam korang tau. Huhu.


Current mood: Ngantuk dah.
Listen to: I Think I Love You - Byul (Full house OST)
After this: Tido. Sok nak amik wife 5 pagi.

2 comments:

  1. haha.tq2. ms cuti sekolah lah kita cuti betol2. sbb annual leave ktorg mmg xde. susah nk cuti. berkorban utk anak bangsa ;)

    ReplyDelete
  2. Tula, sian kat cikgu2 ni. Anyway, cuti sekolah ni tak pergi jalan2?

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe