18/05/2012


Kalau jadi peguam ni, sebelah kaki ke syurga, sebelah kaki lagi ke neraka

Begitulah yang diberitahu oleh cikgu aku kepada seorang kawan aku masa kitorang form 5 dulu berkenaan dengan pilihan profession. Alasannye ialah kalau kita bela orang yang salah bermakna kita macam bersubahat menolong orang yang buat salah. Kira kita macam share dosa sekali la.

Persepsi ni kekal dalam kepala aku sampai la aku baca novel Pecah


Ada ayat dalam cerita tu lebih kurang macam ni;

Ayahnya pesan, jangan baca muka klien macam buku. Bukan hak kita tentukan siapa mulia siapa hina. Siapa syurga, siapa neraka. Hitam putih hanya atas kertas. Atas dunia semuanya kelabu. Negara ada undang-undang. Siapa-siapa pun kalau kena tuduh buat jahat, mesti ada ruang untuk bela diri. Ini hukum alami, selagi mana nama kita manusia. Peguam ada untuk bantu sesiapa bela diri. Ini hak. Bukan soal bela orang jahat. Waktu dia tanya ayahnya kenapa dia nak bela walaupun dah tahu kliennya jahat? Ayahnya jawab mudah sahaja: Dah tahu? Mana ada orang tahu, kecuali klien ayah. Itu soal die dengan Tuhan.

Novel ni menceritakan sebuah rompakan yang kita ingatkan rompakan, tapi sebenarnya ada tujuan lain. Lebih kurang macam movie The Bank Job.

Berbalik kepada isu peguam tadi, aku kesal jugak la sebab cikgu cakap macam tu kat budak2 yang nak pilih profession. Bukannya apam kalau tak tau cakap je tak tau. Tak payah bagi persepsi buruk. Cukup la sekadar bagi reference supaya student tu boleh nilai sendiri. Tapi itu pun tak bermakna aku nak jadi peguam.

Begitulah kerja peguam. Bukan soal bela orang jahat atau tak, tapi tugas die memang untuk membela atau mendakwa. Bila difikir balik, bukan calang2 orang boleh jadi peguam. Hati kene kering dan kental. Katalah kita diupah oleh orang kaya untuk dakwa orang miskin. Kalau ada rasa kasihan, memang tak boleh nak dakwa punya. Sama jugak kalau peguam bela nak fight dakwaan, hati kene kuat dan tahan pressure. kalau tak sure kalah.

Belum kira lagi dengan ancaman dan ugutan. Mesti ada punya kalau nak fight kes dengan orang kabel besar.
Sangat berisiko jadi peguam ni. Sebab tu diorang caj mahal. Mcam kes arwah Sosilawati, tak pasal2 peguam tu pun kene bunuh skali.

So sekarang ni, persepsi aku terhadap peguam ialah, bukan soal nak bela orang salah atau tak, salah atau tidak, hanya klien dan tuhan sahaja yang tahu.

Anyway, novel Pecah ni akan difilemkan. Tunggu je la tayangannya.

Current mood: Kenyang. Baru lepas supper.
Listen to: Di pintu mahligai - Iklim
After this: Post satu entry lagi,.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe