16/05/2012


Walau hebat macam mana seseorang tu, tapi setiap kali nak bagi public speaking mesti akan ada rasa gementar. Kalau korang tak rasa gementar mungkin korang bukan manusia, tetapi seorang cyborg. Haha.

Sebenarnya aku kene buat presentation kat top management. Bende yang aku nak present tu bende biasa2 je. Takde ape-apa pun yang baru. Tapi nak menyediakan bahan presentation tu punye la struggle. Idea ada, tapi tak reti nak translate atas paper. Dilema bila nak buat presentation material untuk top management ni ialah sejauh mana detail kita nk letak. Nak letak setakat surface or bottom? Kalau letak terlalu technical, takut tak faham. Kalau letak too simple, nnt diorang cakap Ini je?

Sebab tu presentation skill bukan terletak pada speaking semata-mata tetapi bermula masa sediakan material lagi. Kene tau apa audience nak tgk or dgr. Kene bayangkan kita jadi audient. Then kita pun kene tau apa yang kita nak tunjukkan dan sampaikan. Cabaran yang paling susah ialah nak bagi orang dengar apa yang kita present.

Aku punya la struggle nak siapkan presentation material. Tak kira lagi yang kene edit sana sini lepas submit. Ingatkan nak present cepat-cepat supaya boleh tenangkan diri. Sekali presentation tu postponed pulak. Aku tak gembira dengan kedelayan ini sbb aku masih lagi dihantui.

Current mood: Segar lepas dapat tidur yang cukup.
Listen to: Realize - Colbie Calliat
After this: Another post.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe