11/05/2012

Ada sekali tu, aku lepak dgn ofismate aku masa rehat. Tgh syok2 bincang pasal isu2 semasa, tiba2 ada sorang ni bukak pasal isu beli rumah. Sebab sekarang die dalam proses nak beli rumah. Die pun berceritalah macam mana prosedurnya untuk beli rumah.

Sebenarnya memang ngeri untuk bercerita tentang nak beli rumah ni. Especially untuk orang2 yang duduk area lembah klang. Rata2 semua rumah teres 200K ke atas. Kalau nak murah beli flet je. Itupun banyak dah 100K ke atas kecuali kat area2 yang baru nak naik macam kuala selangor, rawang, boleh dikira murah lagi.


Macam dulu, orang gaji 2500 ke atas dah mampu beli rumah teres. Sekarang ni, gaji 3000 pun belum tentu lagi mampu. Siap sampai kene combine dengan pasangan. Kalau orang gaji dah tahap beribu ni pun still tak mampu nak beli, macam mana dengan orang gaji 2000 ke bawah?

Kalau tengok harga rumah sekarang ni memang mengarut. Aku tak tau siapa target buyer developer ni. Kerajaan pun macam tak boleh nak buat something supaya harga tu tak melambung sampai tak logik. Membeli rumah sekarang ni ibarat macam nak beli organ tiruan untuk hidup macam dalam movie Repomen.

Paling mengerikan, ada kajian menyatakan tahun 2020 nanti, korang mesti gaji at least 6000 baru mampu beli sebuah apartment. Gile ape. Aku takut esok2 jadi macam India. Membe aku pergi sana cerita, kat mana ada jambatan or flyover, kat bawah tu la orang buat rumah. Tak pun jadi macma Greece yang dah bankrap, orang duduk dalam khemah je.

Kesimpulannya, jangan bukak citer pasal beli rumah ni kecuali kalau korang dah cukup mampu. Bukannya apa, takut nnt kengeriannya akan membuatkan korang trauma untuk menghadapi masa depan.

Nak senang? Kawen la mana2 datuk or kerabat. Bukan stakat rumah harga ribu2, berjuta pun boleh dapat.


Current mood: Letih sebab joging petang tadi.
Listen to: Opick - Rapuh
After this: Sambung study VBA

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers