17/05/2012

Gambar hiasan

Tadi aku balik shah alam jap. Ada hal. Memang dah jadi kebiasaan, aku slalu isi minyak kat shell tepi federal highway (depan kilang Carlsberg) bila nak balik KL. Aku memang pengguna shell tegar. Memang selalunya aku balik kl lambat, kul 11 ke atas.

Setiap kali aku singgah berhenti kat situ, mesti ada orang mintak derma. Biasanya anak2 gadis remaja. Lelaki pun kadang2 ada jugak. Kutu rayau mintak duit pun ada Bang, seringgit ada tak? tu je la ayat diorang. Yang kutu rayau ni biasanya aku memang tak pernah bagi. Cuma budak2 yang mintak derma ni aku hulur la sikit. Sian kat diorang sebenarnya walaupun sebelah hati aku cakap, ini semua taktik sindiket mintak sedekah je ni. Tapi orang2 agama selalu cakap, yang penting masa bagi tu niat kita ikhlas. Die tipu atau tak, tu urusan die dengan Allah.

Balik kepada cerita asal, gadis tersebut pergi ke setiap orang yang berhenti. Kecuali kat satu geng mat rempit (judging from their bikes and style) memang die takkan pergi. Mcam nak masuk mulut buaya kalau die pergi jugak. Akhirnya sampai ke turn aku Assalamualaikum bang, nak mintak derma ikhlas untuk anak yatim memang ayat tipikal. Aku hulur je la takat mampu, biasanya barang diorang nak jual tu, aku tak pernah amik pun. Aku cuma sian kat diorang ni. Saat2 gadis baya diorang sibuk gayut kat phone layan boyfriend, dok tgk drama k-pop, tgh struggle study or tgh sibuk layan FB, diorang kene buat keje2 macam ni. Sangat kasihan. 

Pernah jugak la aku cuba nak interview diorang, tapi tiada kerjasama dan diorang nampak takut2. Aku perhatikan, sepanjang diorang kutip derma kat pam minyak tu, diorang macam ada usya satu tempat dan diorang ni muka resah. So timbul hipotesis dalam kepala aku yang orang yang suruh diorang kutip derma ni ada kat suatu tempat dan sedang perhatikan diorang.

Apa yang aku paling concern sebenarnya ialah kenapa gadis tu still berkeliaran kat area2 macam tu walaupun dah lewat malam. Ada sesetengah gadis ni, aku tgk memang boleh tahan jugak, rupa n body mmg boleh tahan. Sedar tak sedar diorang ni sebenarnya jadi easy target untuk geng2 perogol ni. Katalah ada satu van berhenti, tarik diorang masuk dalam van. Sapa yang nak kejar selamatkan diorang ni? Jangan harap la orang yang suruh diorang kutip derma tu nak kejar. Tau2 esok, ada mayat dijumpai terbakar, terapung dalam sungai, terperosok dalam longkang dengan kesan rogol dan liwat. Sapa nak bela nasib diorang ni? Korang imagine la gadis tu adik beradik korang atau anak korang. 

Bagi aku la, hukuman yang paling sesuai untuk orang yang pergunakan budak2 ni, sumbat die dalam satu bilik tertutup, lepas campak la 2 or 3 canister teargas tu. Biar die pengsan. Lepas die sedar, tembak pulak dengan air FRU tu. Biar die rasakan. Tak kira la siapa, penyangak or ustaz. 

Masa remaja hanya sekali dan masa yang paling bermakna sekali dalam hidup ialah di zaman remaja. Malang la kalau diorang menjalani kehidupan remaja dengan keadaan macam ni.

Cuma dari dulu aku berfikir, kenapa polis tak tangkap je diorang ni, then soal siapa dalangnya. kan ada undang2. Susah sangat ke? Yang paling penting, ke mana duit zakat yang berbilion dikutip setiap tahun sampai semua madarasah dan anak yatim terpaksa menyabung nyawa dan tebal muka untuk mintak sedekah? kenapa diorang? Kenapa guru-guru die tak mintak sendiri?

Current mood: Letih drive tadi.
Listen to: Kris - Tiara
After this: Tido.zzzz

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe