08/06/2012


Baru-baru ni aku nak beli boot baru sebab boot bola yang aku guna sekarang dah 2 .5 tahun aku pakai. Disebabkan kekerapan main bola kurang maka boot tu masih lagi ok sebenarnya. Cuma rasa macam dah tak sedap. Kira boot ni pecah rekod sebab dulu biasanya boot aku tahan kurang setahun. Setahun tu kira paling lama.

Macam biasa, aku selalu beli kasut sukan kat al-ikhsan je. Sejak dari zaman uni lagi. Kali ni aku pergi kedai kat Restoran Jejantas Sg Buloh sebab kedai die agak besar dan byk choice. Lagipun kalau outstation, selalu jugak la kitorang singgah kat sini. Saje je usha2.


Dalam kepala memang aku dah fikir nak beli boot apa sebab aku dah hampir2 nak beli boot tu. Tapi last minit aku tukar fikiran sbb mungkin nak guna duit nak attend kenduri kahwen masa cuti sekolah nanti. Aku ingat lagi, masa tu harga kasut tu RM169. Aku expect harga die akan turun kali ni.

Terkedu jugak aku bila aku tengok, kebanyakan kasut macam naik harga. Boot yang aku nak beli tu sekaran dah jadi RM249. Mak aih, banyak betul bezanya. Mungkin disebabkan sekarang ni musim Euro, musim bola, barang2 bola sume naik. Even jersi negara yang bertanding pun naik harga sampai RM80. Gile apa. Kalau bukan musim, RM 40 je boleh dapat. Memang ambik kesempatan btol. Nasib baik la aku cuma pakai jersi Malaysia je. Tak minat nak pakai jersi negara lain.

Masa musim badminton, barang2 badminton pulak naik harga. Raket naik harga gile2 punye. Kasut, shuttle cock dsb. Yelah bisnes kene la ambik kesempatan. Baru bleh untung.

Maka disebbakan kecewa dengan haga yang melambung, aku cuma beli but RM80 je. Rasionalnya ialah cuma short term je. Then nnt kalau harga boot idaman aku tu turun harga lagi, aku terus sambar. Yang menariknya, boot yang aku beli ni, design die sama je dengan design satu boot Nike. Cuma branding je yang lain kot. hehe.

Aku rush beli boot baru ni sebab weekend aku ada friendly game dan next week dah start tournament bola kat office aku. Nak berperang, equipment kene mantap. Hehe.

Nak tau boot idaman aku? Ni la die.



Ok, aku tau tak lawak. Inilah die kasut yang aku betol2 nak beli sebab design dan function die.


Adidas F-Zero. Smart tak? Memang smart pun. haha

Current mood: Kenyang sgt. Habiskan nasik wife tadi.
Listen to: From the bottom of my broken hearts - Britney Spears
After this: Kemas2 baju.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe