15/06/2012


Hobi baru aku sekarang baca novel. Tapi bukan novel jiwang dan air mata, tapi novel yang ada jalan cerita yang berkesan dan tak linear. Kalau jalan cerita tu boleh diteka, ianya akan menjadi bosan. Lagi banyak twist lagi bagus. Kene pulak kalau dicampurkan dengan tempat2 yang ko bleh imagine dan kejadian semasa. Penggunaaan ayat yang lebih segar dan open. Baru la nampak logik sket. Mana ada orang zaman sekarang ni skema macam dalam kamus dewan. Baca pun mengantuk dan tak feel.

Salah satu sebab lagi aku dah bosan dengan drama dan filem melayu yang balik2 genre sama. Cuma tukar pelakon dan tajuk je. Cerita lawak spastik yang tak lawak, cerita hantu, romantik komedi yang tiru cerita hollywood, cerita jiwang air mata, cerita rampas harta korporat and the list goes on. Takde cerita adventure dan thriller. 

Sebenarnya kalau korang pernah baca novel2 yang aku letak dalam gambar ni, korang akan dapati sebenarnya orang melayu ni ada banyak idea yang menarik untuk buat cerita cuma tak faham kenapa tak ada pengarah nak ambil buat cerita. Setakat ni kebanyakan novel cinta sahaja yang dibuat filem or drama. Mungkin mentaliti pengarah2 melayu ni tak sampai kot level2 pemikiran penulis2 novel ni. Sebab pengarah melayu ni tgk trend, kalau citer seram naik, sume buat citer seram. citer lawak naik, sume buat cerita lawak. 



Ok, cakap pun tak guna. Aku nak sambung baca novel. Hehe

Current mod: Rasa macam kurang laju.
Listen to: Italy vs Croatia
After this: Tgk bola la.

3 comments:

  1. Koleksi RAM y sy blum ade,anugerah pertama dan pei pan..mne nk dptkn ye?any ideas?

    ReplyDelete
  2. Koleksi RAM y sy blum ade,anugerah pertama dan pei pan..mne nk dptkn ye?any ideas?

    ReplyDelete
  3. Saya pun tak tahu. Macam tak pernah dengar tajuk tu.

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers