08/06/2012


Aku sebenarnya tak faham kenapa orang berlumba-lumba buat kenduri kahwin ni masa cuti sekolah. Setakat senang nak jalan-jalan sebab budak2 cuti sekolah? Aku tak nampak pun significant nye kenapa perlu buat kenduri kahwin masa cuti sekolah, bagi aku ianya bukan la langkah bijak sebab mungkin kenduri korang akan jadi kurang meriah. Lebih kurang macam ni la.

  1. Bila ramai orang buat kenduri dalam masa yang sama, so saingan akan jadi kuat. Bila saingan kuat, risiko orang tak datang kenduri korang agak tinggi berbanding korang buat hari biasa. Bila tak ramai orang, lauk yang korang order takde orang nak makan. Door gift pun terlebih. Nak bagi siapa? Dah membazir.
  2. Jalan raya akan jadi super sesak, daripada highway sampai la jalan kampung. Tetamu korang akan lambat sampai, tension. Sampai kenduri korang, muka macam nak makan orang je. Silap2 korang sendiri yg berkahwin lambat sampai dan bersanding lambat. Bila korang yg bersanding sampai lambat, ramai tetamu dah blah sebab diorang pun ada kenduri kahwen yng lain. Tak dapat amik gamba dgn korang.
  3. Korang akan buatkan orang yang korang jemput tu akan serba salah dan rasa bersalah. Katalah ada 4 jemputan. Sorang tu kawan, sorang tu saudara, sorang tu abang sendiri, sorang tu bos korang, so korang dah serba salah nak pergi yang mana2. Kalau dekat2 takpe jugak. kene pulak berterabur satu malaysia. Lagi teruk diorang sume pernah datang kenduri korang. Kalo tak balas rasa tak sedap hati plak. So tak baik buat orang dalam dilema. hehe.
  4. Masa ni la mak andam, butik, kedai jual barang kahwin, kedai buat kad akan ketuk kaw2 punye. Die tau ramai orang nak kahwin. Bila lagi nak ambik kesempatan.
  5. Korang tak kesian ke dengan tok kadi? Satu hari sampai 10 pasangan nak nikahkan. Dah la letih then korang akan meningkatkan risiko penyakit kepada beliau dengan bagi makanan berlemak dan minum air manis. Tapi yang ok nye, die bleh bukak kedai jual kain pelikat sbb dah bertimbun dalam bilik tido die.
Dan sebab2 lain lagi la yang korang boleh fikir. Kesimpulannya, masa cuti sekolah memang sesuai buat kenduri kahwen tapi bukan masa yang terbaik. Kan kita buat kenduri untuk orang datang. So buat la kenduri pada masa yang orang senang nak datang. Tau la korang nak kawen, suka hati korang, tapi apa guna buat kenduri kalau takde orang datang kan?

Kepada yang belum berkahwin, tolonglah revise balik masa kenduri kahwen korang, jangan buat masa cuti sekolah.Setakat budak sekolah, ponteng sehari dua takde masalah kan? hehe

Current mood: Ngantuk dah ni. Huhu.
Listen to: If I Ain't Got You - Alicia Keys
After this: Last post

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List