27/06/2012


Aku jenis agak rajin jugak la joging. Memang dah jadi rutin sejak sekolah rendah lagi. Ala, setakat lari je kan? Bukan susah pun. Agak-agak tak larat jalan la. Lepas tu lari balik. So far aku jarang sangat benti bila jogging. Aku akan habeskan target then baru benti.

Sebenarnya aku dah lama perasan, mana2 tempat yang aku joging, susah sangat nampak pakcik dan makcik melayu joging. Bukan takde, tapi sikit sgt. Seriously, aku nampak ramai pakcik dan makcik kaum lain yang berlari dengan semagat. Kebanyakan pakcik dan makcik melayu ni biasanya lebih kerap berjalan bersama anak2 or rakan2.

Takde masalah pun sebenarnya cuma aku terfikir yang rasanya memang orang melayu ni tak amik berat kot pasal kesihatan. Dari segi makanan, memang dasat malaysia ni. Orang jepun pun takut nak makan. Manis, lemak dan berminyak.

Daripada experience aku la, aku tgk ramai membe2 or kenalan aku yang lepas kahwen terus tak aktif sukan. Bila dapat anak lagi jarang bersukan. Sebab perubahan saiz badan dapat dilihat dengan ketara.

Macam kat rumah aku ada satu macam court basketball besarnya. Aku tak sure court ape. Yang aku perasan, setiap pagi, mesti ada dua auntie chinese dan sorang auntie india akan buat senaman kat situ. Kadang2 diorang jalan je. Terus terang cakap, susah nak tgk pakcik dan makcik kaum melayu buat macam tu.

Then one thing lagi yang aku perasan, kebanyakan membe aku esp perempuan lebih suka ikut kelas tarian, aerobik, poco2, gym berbayar utk kuruskan badan. Aku pelik, kenapa perlu pilih jalan yang berbayar. Kan jalan free tu sentiasa ada. Mungkin nak nampak ada kelas kot.

Current mood: Kenyang makan roti canai.
Listen to: Thousand years - Christina Perry
After this: tak decide lagi.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers