24/06/2012


First sekali aku nak puji sebab aku rasa ni novel melayu pertama kot yang buat genre survival macam ni. Kalau dah ada sebelum ni, abaikan je statement aku kat atas ni. Susah nak jumpa novel yang berkisar tentang saintifik yang original datang dalam bahasa melayu. Jap, bukan saintifik, tapi lebih kepada hi tech punye citer.

Kisah bermula dengan pengenalan watak utama, Ahmad Bayani yang kaki perempuan dan jalani kehidupan yang sosial. Digambarkan seorang jurutera yang hebat tapi ada masalah disiplin. Ada seorang kawan baik yang juga aku boleh gelar sidekick iaitu Anwar. Konflik bermula dengan kejadian ribut solar (yang benar2 berlaku awal tahun 2012) yang telah menyebabkan gangguan kepada sistem elektrik dan elektronik di bumi. Sejurus selepas gangguan itu, tiba2 alien muncul dan menyerang di KL. Maka bermula lah kisah survival diorang dalam novel ni.

Dalam survival tu diroang jumpa la beberapa survival yang lain dan berpadu tenaga untuk mneyelamatkan diri pada awalnya. Namun setelah kehancuran pihak tentera mereka semua akhirnya bergabung tenaga dan membentuk gerila untuk melawan balik alien. Persoalannya sekarang ialah kenapa alien tu tiba2 muncul? Dari mana kah mereka? Apakah tujuan mereka? Portal tu tiba2 boleh muncul kat KL? Bukan kat Barcelona? Tokyo? California? dan yang paling penting ialah bagaimana kah penamat bagi perang dengan alien ni? Benarkah alien itu muncul tanpa dirancang?

Ok, bagi aku la, kisah dalam novel ni ada iras2 macam movie Battle: Los Angeles. Ada la beberapa idea yang aku rasa penulis adaptasi daripada filem tersebut. Then senario macam mana kehidupan survival ala2 dalam game Resident evil outbreak, 28 days later, The Walking dead. Ok, bagi aku takde masalah kalau lebih kurang pun sebab dah memang macam tu senarionye.

Latar belakang novel ini ialah Kuala Lumpur dan disebabkan aku duduk KL, takde masalah untuk aku nak imagine tempat2 yang dinyatakan dalam novel ni.. Bahasa yang digunakan pun menggambarkan orang hidup kat bandar. Senang citer tak skema. Sume novel FIXI macam tu kot.

Ok, abaikan tentang isu2 tak logik sebab dah nama pun cerita. Cuma aku tak puas hati ialah, last2 senang je alien tu dikalahkan rupanya. Macam dalam filem hollywood. Awalnya digambarkan macam kuat sangat. Rupanya macam tu je die menang? Haha. 

Overall, novel ni menghiburkan aku dan patut dibaca sebab ada dicerita sikit tentang beberapa protokol sekiranya peperangan berlaku yang boleh jadi guidance.

Current mood: Segar nak tgk bola
Listen to: I Believe - My Sassy Girl OST
After this: Post lagi.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers