14/06/2012


Semua dalam satu. Itu la yang aku simpulkan pasal novel ni. Macam2 kisah ada, kisah kekeluargaan, keagamaan, kisah cinta muda mudi, kisah cinta 3 segi, kisah cinta tak kesampain, kisah peperangan, kisah politik, kisah dongeng dan beberapa lagi.

Sebenarnya agak sukar sebenarnya nak memuatkan semua nilai dalam satu novel ni. Aku kagum dgn abg Ramlee yang bejaya melakukannya dengan baik. 

Boleh dikatakan 65% cerita berlaku di bumi dan 35% di Yuu'ka. Kebanyakan kisah di bumi berkisah tentang kehidupan keluarga Ibrahim daripada kecik sampai la anak beliau Aidin melanjutkan pelajaran di UKM. Lepas tu baru la berkisar tentang kehidupan di luar sabah. 

Pada mulanya, segalanya misteri tentang asal usul Ibrahim dan Aidin. Tak tahu diorang ni dari mana dan Ibrahim banyak berahsia tentang asal-usulnya. Mula-mula aku ingat diorang ni lari daripada kongsi gelap atau pun experiment rahsia kerajaan. Kekerapan Ibrahim pergi ke suatu tempat tu pun menyebabkan aku rasa macam ada satu ujikaji rahsia di tengah hutan sabah tu. Ditambah pula dengan kemunculan Ramos untuk menghapuskan Ibrahim. Ramos ni aku ingat orang Sawarak.

Cerita makin  pelik bila mata Ibrahim dan Aidin boleh jadi putih, Ibrahim yang boleh hilangkan luka dengan cecair misteri, dari mana die dapat telur emas untuk bukak kilang besi kat Nilai, macam mana die sembuhkan bapa mertuanya yang sakit teruk. Banyak lagi, kene baca sendiri.

Lepas tu novel ni diserikan dengan kisah campus life. Bese la dalam kampus, akan ada percintaan atau lebih teruk lagi kisah cinta 3 segi. Tapi kisah campus life ni diceritakan dengan baik dan mudah untuk digambarkan especially pada sesiapa yang pernah ke sana.

Klimaks cerita ni ialah tentang kehilangan Aidin. Misteri. Hilang tanpa dikesan. Tapi yang peliknya bapak die Ibrahim buat dek je. Tak risau sebab die sebenarnya tahu ke mana aidin dibawa. So persoalannya ke mana Aidin di bawa? Yang lebih menghairankan lagi ialah selepas 5 tahun, Aidin tiba2 muncul dalam keadaan siha walafiat walaupun masa hilang tu, beliau disahkan menghidap barah otak tahap empat dan hanya boleh hidup 3 bulan je. Apa yang berlaku sebenarnya? Jeng jeng jeng. Kene baca sendiri la. Hehe.

Cuma salah satu elemen yang tidak boleh diabaikan ialah tentang cinta tak kesampaian. Aidin telah bertunang dengan Feena. Lepas tu Aidin disahkan hanya boleh hidup 3 bulan lepas tu hilang tanpa dikesan. Feena mengambil masa agak lama untuk menerima cinta baru. Itu pun lepas 3 tahun Aidin hilang. Then lepas tu Aidin muncul balik. Kalo korang jadi Feena la, apa korang akan buat? Mcm movie Cast Away pulak. hehe. Tapi percayalah, setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Bagi aku, ending novel ni still tergantung secara keseluruhannya dan mungkin akan ada sambungan. Tapi untuk Aidin bagi aku good ending sebenarnnya. Nak tau apa yang sebenar-benarnya berlaku? Sila la baca sendiri. hehe

Current mood: Mengantuk
Listen to: Denmark vs Portugal
After this: Tido...

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List