17/07/2012

Sekarang ni ada dua cerita pasal superhero aka adiwira dalam bahasa melayu di pawagam; Spiderman dan Batman.

Secara jujurnya aku memang tak minat spiderman sebab die tak beberapa macho dan lebih kepada serangga. Costume die pun tak beberapa menarik, dan dia cuma boleh bergayut dari satu banggunan ke satu banggunan dan tembak spider web. Mungkin spiderman ni lebih sesuai untuk budak2 muda macam student kot. Tapi apa yang positif pasal spiderman ni dia ialah superhero yang berdikari dan hidup dalam serba kekurangan. Superhero yang malu2 kucing walaupun spiderman. Takut nak berterus terang kepada gadis idaman.


Costume batman masa zaman di awal kemunculannya lebih kepada macam costume birthday. Tapi nampak macam hantu pun ada. Paling tak kena dalam design costume batman ialah topeng yang ada telinga. Nampak macam hantu pun ada. Direka sezaman dengan Superman, sebab tu batman pun pakai mantel dan spender kat luar. So aku sebenarnya selalu kutuk batman sebab kelakar. Then lepas tu diorang rebranding jadi The Dark Knight. Costume pun dah upgrade. Cuma masa jadi Bruce Wayne, boleh je senyum dan gelak2. Tapi masa jadik Batman muka nak ketat je. Cakap pun nak gaya macho je. Berbeza dengan spiderman. Batman ni anak orang kaya, gentleman dan berkaliber. Sidekick beliau ialah encik Alfred.

Anyway, aku minat The Dark Knight lakonan Christian Bale. Memang macho dan ngam. So aku plan nak tgk ending The Dark knight ni nanti.


Superhero yang aku minat tak lain tak bukan ialah Iron Man. Tapi kena tunggu sampai May 2013 baru keluar Iron Man3. Kenapa aku minat Iron Man? Obviously sebab dia ialah 'engineered' superhero. Ok,Batman pun pun enginereed gak, cuma costume batman lebih kepada halloween costume. Lagipun Tony Stark lebih berkarisma dan berketrampilan daripada Bruce Wayne.


Satu lagi hero yang baru aku minat ialah Captain America. Bukan bermakna aku sokong America, cuma lakonan Chris Evans sebagai captain america memang ngam.


Scene captain belasah punching beg masa opening The Avengers memang terbaekk!

Current mood: Kenyang lagi. baru lepas supper.
Listen to: Sahabat - Najwa Latiff
After this: Post lagi kot.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe