24/07/2012


Walaupun dah masuk hari ke-4, tapi rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan, as usual, late is better than never. Hehe. Alhamdulillah kita dipanjang kan umur untuk dipertemukan semula dengan bulan 1001 rahmat ini. Mudah-mudahan kita memanfaatkan peluang yang diberikan ini.

Sebenarnya, aku baru balik beli telur ni. Nasib baik ada kedai runcit kat rumah aku ni buka sampai pukul 1. Masa on the way balik tadi, aku terkenang balik, masa kecik dulu, sebagai anak lelaki, memang slalu la kene suruh pergi kedai beli barang. Daripada sesikit barang sampai la sebanyak2 barang.


Barang yang paling aku fail skali beli ialah telur. Katalah aku kene beli 10 bijik, bila tiba rumah, at least sebijik mesti pecah. Aku pun tak perasan bila die pecah. Kadang-kadang memang aku ada bawak laju macam Valentino Rossi, tapi ada juga aku bawa slow macam pendekar bujang lapok. Tp in the end mesti pecah. Sekarang ni zaman berbasikal dah berlalu, so aku tak sempat nak membongkar misteri ini, Huhu

Current mood: Kenyang berbuka masih terasa.
Listen to: Adelle - Someone like you
After this: Buat senaman sket. Rasa macam berat badan sket.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe