19/07/2012


Isu yang hangat diperkatakan di kalangan guru sekarang ialah isu mulai tahun depan, gadget akan dibenarkan dibawa ke sekolah. Satu isu yang nampak macam simple, tapi tak sesimple diumumkan kerajaan.

Aku ada la beberapa kawan cikgu. Sekolah rendah ada, sekolah menengah pun ada. Rata-rata mereka tak setuju dengan pengunguman kerajaan itu sebab ianya akan create beberapa masalah yang lebih memeningkan.

To be fair and square, mari kita tgk apa pro and con isu ni:

Pro: Parents rasa selamat sebab bleh kontek anak diorang, kalau ada problem just google je, lagi senang nak kontek cikgu, ada byk apps yang bleh bantu pelajaran.

Con: Pelajar sibuk sms bf/gf dan tak fokus, tgk 3gp biru ramai2, pembuli bleh rakam or amik gambar mangsa buli utk tujuan ugutan,  pelajar sibuk berfb, main game, amik gamba cikgu hot secara senyap2, pencuri akan mencuri dan parent akan salahkan cikgu lepas tu, bil elektrik sekolah akan naik sebab pelajar sibuk nak charging, kemungkinan besar diorang akan gaduh nak rebut port charging, dsb

Aku cuba be fair n square, tapi memang lagi banyak keburukan daripada kebaikan. Ni yang cikgu2 sume tentang sebab takde gadjet pun dah macam2 problem kat skolah tu. As parent or orang luar memang takkan dapat rasa apa yang diorang rasa. Cuba la cari kawan korang yang cikgu dan sembang2 la pasal sekolah 97% akan cerita yang diorang stress.

So berbalik kepada isu asal, kalau nak bawak jugak phone mungkin boleh, tapi bukan smartphone or gadget, cukup la stakat phone yang boleh sms dan phone. Itu pun dgn alasan safety.

Cuma secara peribadi, aku setuju, tapi cuma utk handphone yang bleh call n sms je. No camera, no 3g, no bluetooth, no mp3 or video player.

Owh, ada satu lagi pro utk cadangan ni, cikgu bleh buat bisnes topap. Hehe. Tapi nanti takut cikgu pulak gaduh rebut bisnes. hehe

Current mood: Ngantuk dah.
Listen to: Nothing
After this: Tido.. zzz

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers