12/07/2012


Tajuk yang agak kontroversi dan tak sesuai sebenarnya untuk diperbincangkan secara umum. Tambahan pula dengan imej Islam yang teruk diburukkan oleh barat. So aku rasa cerita die mesti agak bosan. 

Itulah yang mula-mula aku fikirkan. Tapi lepas baca sinopsis di belakang buku, aku dapati ceritanya agak menarik. Loghat kedah yang digunakan dalam novel ni membuatkan ianya lebih relax untuk dibaca.

Ringkasan novel ini ialah menceritakan sepasang kembar yang telah menerima tugas daripada lelaki misteri yang digelar Mr. T untuk membunuh orang-orang Islam yang telah murtad. So kerja kembar ni ialah menghapuskan orang-orang murtad yang tidak mahu kembali kepada ajaran Islam setelah dipujuk. Tugas pada awalnya nampak mudah kerana orang-orang yang perlu dibunuh adalah orang biasa. Namun ianya mula bertambah sukar bila mereka terlibat secara tak sengaja di dalam urusan gangster KL yang suka pau peniaga. Mungkin kebetulan, tapi sebenarnya ketua gangster tu pun termasuk dalam list orang yang patut mereka bunuh. Maknaya kepala gangster tu pun telah murtad. 

Lebih merumitkan keadaan, salah sorang kembar tu jatuh cinta dengan anak gangster tersebut. Mula-mula diorang tak tahu. Last-last diorang tahu. Mesti la kan? Haha.

So apakah ending bagi kisah 'secret agent' kembar ini? Nak tau kena baca sendiri la. 

Sekali tengok, memang adik beradik kembar ni macam secret agent dalam MIB pun ada. Cuma tang tak logik kat sini ialah macam mana orang kampung biasa boleh jadi pakar senjata dan hidup dalam kemewahan tanpa dihidu oleh LHDN. Hehehe. 

Macam biasa la, untuk menjadikan cerita tu lebih menarik, part2 logik ni memang kene diabaiknan.

Aku rasa elok aku ulas sikit pasal Islam kot bila dah baca novel macam ni. Okai, kalau ikut hukum hudud, hukuman untuk orang murtad ialah hukum bunuh. Dari segi konteks kenyataan nampak macam kejam. Tapi ayat tu tak habis, orang murtad wajib dibunuh setelah usaha memujuk mereka menemui jalan buntu.

Mungkin agak kejam untuk kita bunuh orang yang tak mahu menerima fahaman kita. Tapi percaya lah, setiap hukum Allah tu, ada sebabnya. Dulu aku pun fikir kejam jugak. Then melalui novel ni, barulah aku faham kenapa orang tegar murtad ni harus dibunuh. Ini kerana orang murtad ni umpama barah kepada Islam. Dia akan mempengaruhi orang lain untuk sama murtad dengannya. Mungkin kalau orang tu nak murtad dah satu hal, tapi pastinya dia tak akan murtad sorang-sorang, die akan pengaruhi orang lain. Umpama barah yang semakin merebak jika dibiarkan. 

Oleh itu, sama seperti barah, sel barah itu wajib dihapuskan sebelum merebak ke sel yang lain dan akan merosakkan keseluruhan badan. Begitulah maksudnya.

Ok, kata lah novel ni nak difilemkan, aku rasa orang yang paling dan sangat sesuai dan menepati ciri-ciri Adam dan Akhil (watak utama) ialah Ustaz Don Daniyal. Serius, bila aku amati betul2 perwatakan kembar ni, aku rasa takde orang lain yang lagi layak untuk watak ni, kecuali Ustaz Don. Tapi Ustaz Don takde kembar kan? Takde Ustaz Din or Ustaz Dan kan? hehe

Current mood; Kenyang, baru lepas supper.
Listen to: Jump - Van Helen
After this: Makan ubat, lepas tu tido.

2 comments:

  1. novel ni okla, not bad..best jgak
    cuma cm xlogik, cmna anak kg cm diorg ni leh mbunuh berpuluh2 org tnpa meninggalkan lgsg bukti..kalo diorg dilatih lain cket

    tp seriously, baca je novel ni,aku trus tbayangkan c kembar ni muka cm ust.don,hehehe

    ReplyDelete
  2. tau takpe. bukan senang nak jadik silen assasin macam diorang ni. nak bunuh orang pun bukan bende yang mudah. then sepanjang dok kl, takkan la takde orang kenal diorang kan?

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List