11/07/2012


Aku rasa novel ni ialah novel yang paling pantas aku baca dalam seumur hidup aku setakat ni. Aku cuma ambil masa 6 jam utk completekan novel ni. Kalau ikut turn, ada beberapa novel lagi yang aku patut baca. Tapi memandangkan versi filem utk novel ni, KL Zombie akan ditayangkan di pawagam, better aku habeskan dulu novel kot. Nanti boleh la evaluate filem pulak.

Ianya menceritakan tentang zombie apocalypse yang berlaku di area lembah klang. Tak ada penjelasan dari mana datangnya virus ni dan macam macam mana ianya tersebar. Cuma klue yang ada dari awal novel ialah salah seorang watak utama digigit oleh anjing liar di malam tahun baru. Then mamat yang kene gigit ni pergi main dengan awek kawan die. Maka diorang berdua ni antara orang awal yang menjadi zombie.

Novel ni byk berkisar tentang permulaan zombie apocalypse di KL. Sesuatu yang langsung tidak dijangka oleh penduduk negara ni yang hidup dengan aman damai. Bagi sesiapa yang main game Resident evil or peminat filemnye or Walking Dead or Zombieland, sikit sebanyak mungkin akan alert pasal zombi apocalypse ni.

Then bila berlaku apocalypse, sure akan ada survival yang bertarung nyawa untuk teruskan hidup. Dari situ bermulalah episod yang mencabar bagi meneruskan kehidupan. Melarikan diri daripada zombie then berjumpa dengan survival grup yang lain.

Sepatutnya dalam keadaan macam ni manusia sebenarnya kene kerja sama tapi ada jugka grup yang amik kesempatan terhadap survival yang lain. Ada jugak politik dalam menentukan hala tuju survival. Semua ni ada la korang boleh dapati sepanjang novel ni.

Bila dah dalam keadaan survival macam ni, of coz la kita kene selamatkan diri sendiri dulu sebelum kita selamatkan diri orang lain. Masa ni rasanya dah takde masa nak fikir orang lain dah kot.

So ringkasan daripada novel ni ialah macam mana survival ni nak melarikan diri daripada Damansara ke putrajaya. Persoalannya ialah kenapa putrajaya? Sebab Nipis (watak utama) terpengaruh dengan kisah2 konspirasi dalam internet tentang wujudnya bunker bawah tanah yang kalis nuklear di putrajaya dan die rasa kat situ memang ada tempat perlindungan untuk survival. Tapi apakah yang menanti mereka di putrajaya? Betulkan bunker tu wujud? Macam biasa la, nak tau kene baca sendiri la. hehe.

Apa yang aku bleh spoilkan kat sini ialah endingnya tergantung dan rasanya macam ada sequel. Sebab masih banyak persoalan yang takde jawapan. Tapi mengikut kata member aku, penulisnya telah dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan sebab ada beberapa isu dalam novel ni dan tmbahnya lagi, novel ni dah mula diharamkan. So sapa yang sempat beli untungla. hehe.

Bahasa dlam novel ni memang takde censored. So hati2 la nak bagi budak2 baca ye.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers