24/07/2012


 

Hari ini merupakan hari pertama bekerja di bulan puasa untuk tahun ni, seperti yang telah diduga, traffic akan jadi super heavy. Rasa mcam disaster or zombie apocalypse. Rasanya semua bandar2 utama alami masalah ni kot.

Yela, awal-awal puasa ni masing-masing bersemangat nak pergi bazar. Ada yang nak g amik anak kat skolah or nursery. Semua orang ada hal tersendiri. Masa balik kerja pun lebih kurang sama menyebabkan lambakan kereta berlaku dalam sekelip mata.

Masa ni memang motor amat diperlukan. Aku rasa dapat jimatkan separuh kot masa perjalanan dengan kereta. Sepanjang tinjauan aku masa balik keje tadi memang dasyat jemnya, merata jem. Nak bawak roti, tak boleh sebab puasa :p Even aku yang naik motor ni pun susah nak menyelit sebab kereta semua bersimpang siur tak sabar, 

Then lepas sampai rumah nak kene 'berperang' pulak dalam bazar. Nak masak mana larat. Lepas masak nak kene kemas, nak pergi tarawih lagi. Memang bulan puasa ni betul-betul menguji kesabaran, fizikal dan mental.




Cuma apa yang aku nampak sepanjang balik kerja tadi, sangat dasyat jemnya. Betul-betul rasa macam zombie apocalypse or alien invasion. Berdasarkan keadaan tadi, aku rasa takde sebab kot kenapa aku perlu naik kereta ke office sepanjang bulan puasa ni. Huhu.

Current mood: So-so
Listen to: Adelle - Someone like you
After this: Minum Milo n tido

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers