27/07/2012


Ok, sudah masuk hari ketujuh kita berpuasa. Alhamdulillah tahun ni aku rasa better berbanding tahun lepas. Better mean, waktu siang aku still cargas dan bleh wat keje seperti biasa. Bukan takde rasa mengantuk, cuma nap setakat 10 minit dah boleh cergas balik.

Apa yang berlaku sepanjang tujuh hari ni?


1. Malam tarawih ketujuh jemaah dah makin kurang, lebih ketara di bahagian perempuan. Yang aku perasan memang makin kurang. Agak teruk jugak sebab belum sampai separuh ramadhan lagi pun. Takkan la orang dah buat kuih raya dan shopping?


2. Hari-hari ada eksiden masa balik kerja. Ya, ini memang benar. Paling teruk aku tgk ada 4 kereta sandwich. Masing2 memang rushing nak balik rumah. Kereta pun banyak yang macam pelesit. Tukar lane tak bagi signal dan tukar lane secara mengejut/last minit. Bahaya untuk penunggang motorsikal macam aku ni. Masa hari ke-4, ada Camry ni tukar lane masa aku betul2 kat sebelah die. Walaupun aku sempat elak, tapi tayar die gesel jugak la dengan kaki aku. Nasib baik cuma calar saja. Driver tu perempuan dan muka die cuak, tapi sebab aku pun nak rushing, aku blah macam tu je. Rushing2 ni mungkin sebab mentaliti orang melayu ni, berbuka means duduk lepak depan tv tunggu azan.

3. Traffic dah kurang sesak sket tak seperti hari pertama. Mungkin orang dah boleh plan bila masa sesuai nak bergerak or ada laluan alternatif lain. Lagipun mungkin ada yang berbuka dengan client/vendor. So diorang tak guna laluan biasa.

4. Baru minggu pertama dah ada orang bukak lagu raya. Mungkin  tak sabar atau nak meraih perhatian kot.


5. Aku dah try shopping kat beberapa bazar. Menu yang wajib ada, murtabak, nasi ayam, mi goreng, roti bom/ roti john. Harga memang agak mahal. Biasa la, memang makin mahal setiap tahum dan yang aku perasan peniaga ni macam berpakat. Contohnya kalau nasik ayam tu, sume pakat jual RM5 sebab tanda harga diorang bertampal-tampal. Tapi paling mahal aku rasa nasi campur sebab kebanyakan penjualnya adalah penjual musim puasa sahaja, so nak untuk cepat dan mungkin takde harga reference. Memang mahal.

Ok, cukuplah untuk minggu pertama.

Current mood: Tgh memikirkan sesuatu.
Listen to: Lepaskan - Wanna
After this: Minum milo dan tido.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List