06/08/2012

Satu Malaysia sudah sedia maklum yang Baskin Robin akan memberikan aiskrim percuma sekiranya Lee Chong Wei (LCW) berjaya membawa pulang emas olimpik pertama negara. Tawaran ini menjadikan orang ramai memberikan perhatian terhadap acara badminton. Contohnya macam aku. Aku bukan peminat tegar badminton. Jarang aku tengok live match badminton. Kali ni memang aku tengok dari awal sampai akhir.

Tapi jangan salah anggap. Aku tengok bukan sebab aiskrim, tapi aku nak menyaksikan saat bersejarah emas olimpik pertama negara dihasilkan. Malangya saat itu tidak menjadi realiti kerna satu Malaysia tahu LCW tewas kepada Lin Dan.

Pujian memang harus diberikan kerana bukan mudah untuk layak ke final olimpik. LCW juga kalah melawan. Bukan kalah sayur. Semangat juang yang ditunjukkan tidak boleh dinafikan. Cuma masa dan nasib masih lagi menafikan LCW untuk mencatat sejarah sebagai atlit pertama yang menghasilkan emas olimpik negara.

Lin Dan juga kita memang kita sudah sedia maklum, seorang pemain yang sukar dijinakkan. Rekod pertemuan dengan LCW juga lebih memihak kepada beliau. Malam ni, sekali lagi Lin Dan rekod di atas kertas adalah benar dengan status beliau sebagai juara dunia.

Berikut ialah antara gambar-gambar yang aku kutip dalam FB selepas perlawanan tamat.


Sejurus kalah


Sayu beb tengok gambar ni

Takpe LCW, rakyat Malaysia tahu anda dah memberikan yang terbaik

Haha. Hanya diri sendiri je yang tahu.

Mungkinkah ini punca LCW kalah? Hoho

Maka, dengan kekalahan LCW, melepas la kita untuk menikmati aiskrim di atas secara percuma. Ala bukan mahal sangat pun kan? Iphone boleh beli, takkan aiskrim tak boleh beli. Hehe

Cuma aku rasa golongan yang agak 'lega' dengan kekalahan LCW ni, mungkin tokey Baskin Robin dan staff-staff mereka. Jenuh beb kalau satu malaysia serbu kedai. hehe. "Yahoo. Lega..."

Ok, apa pun, mari kita cuba lagi di masa hadapan. Gagal hari ini tak bermakna gagal untuk esok.

P/S: Kenapa gambar Rosmah sikit pun tak keluar dalam TV? Bukan die pergi London untuk berikan sokongan kepada LCW ke?

Current mood: Kenyang lagi makanan berbuka tadi.
Listen to: Love Story - Melly
After this: Buat milo.



0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe