03/08/2012


Bila aku scan balik memori aku, sukan olimpik pertama yang sekali yang aku amik tau ialah Barcelona 1992. Masa tu aku darjah 2. Zaman tu takde astro. Hanya RTM je yang jadi penyiar. Disebabkan byk acara yang dipertandingkan, maka hanya sesetngah venue sahaja yang ditunjukkan. Mostly kalau melibatkan peserta negara.

Seumur hidup aku, level paling tinggi pun aku pernah main ialah mewakili daerah dalam acara bolasepak masa sekolah rendah. Itu pun dah rasa gemuruh kot setiap kali match. Macam mana la rasanya kalau mewakili negeri or negara? Perkara pertama yang kene atasi dulu ialah rasa gemuruh. Kalau tak boleh beat rasa gemuruh ni jangan harap la nak beat lawan. Salah satu tips yang aku amalkan dan ianya agak berkesan ialah tarik nafas dalam-dalam dan fikir,

Relax, die pun manusia juga. Mesti ada weakness


Bagi aku, walaupun olimpik boleh dikira ultimate game untuk sukan, tapi still tak boleh beat World Cup dari segi kemeriahan. Dari segi difficulty memang olimpik paling susah kot. Semua peserta baik di seluruh dunia berhimpun dan bertanding. Bukan sesuatu yang mudah.

Sebab tu aku rasa kalau dapat pingat gangsa pun dah cukup dijadikan memoir terindah dalam hidup. Apatah lagi dapat emas. So far, Malaysia tak pernah menang emas olimpik. Satu-satunya lubuk yang malaysia boleh harapkan ialah badminton tetapi selalu dikecewakan indonesia dan china.


Kali terakhir pasukan Bolasepak malaysia layak ke olimpik ialah pada tahun 1980 tapi menarik diri disebabkan protes ke atas keganasan Israel. Sebelum tu malaysia pernah layak ke final di Munich 1972 dan terkandas di peringkat kumpulan. Aku ada tgk classic match lawan German. Kira hebat juga malaysia ni.

Sebenarnya teringin jugak nak joint olympic ni. Tapi dengan umur sekarang ni, tak tau la game ape yang aku boleh join. Kalau ada event video game mungkin masih ada harapan untuk aku join kot. Haha.

Kalau aku duduk kat GB sekarang ni of coz aku takkan lepaskan peluang untuk pergi ke stadium. Bolasepak tu wajib aku datang. Selain tu aku juga minat Volleyball, Olahraga, Renang dan Lumba basikal. Agaknye berapa la harga tiket ye.


So far, untuk edisi London 2012, di saat aku menulis blog ni, Malaysia still lagi tak menang sebarang pingat. Go Malaysia Go!

Current mood: Mengantuk, jom tido.
Listen to: Helena - My Chemical Romance
After this: Tido. Kang tak bangun sahur plak.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe