26/08/2012



Aku sebenarnya sedang mengharapkan sesuatu sejak Julai. Disebabkan pengharapan ini, maka setiap hari aku akan cek peti surat dengan harapan surat yang ku tunggu sudah terselit di dalam. Namun hampa.

Aku masih berharap selepas panjat 4 tingkat untuk sampai ke tangga rumah aku, terselit secebis nota di pintu rumahku. Namun tidak kelihatan juga.

Kini sudah 2 bulan berlalu dan aku rasa sudah sampai masanya untuk aku berhenti berharap.

Apa yang aku belajar daripada hidup ini ialah kekecewaan ini terhasil daripada perasaan berharap. Kita akan kecewa bila kita tidak dapat sesuatu yang seperti kita harapkan. Bila kita tidak letak meletakkan harapan, maka kita akan lebih tenang dan confident sebenarnya. Kalau tak capai target, kita takkan kecewa. Kalau tercapai target, Alhamdulillah.

So untuk mengurangkan kekecewaan korang, aku nasihatkan, berhenti la berharap korang akan bertemu jodoh macam Aaron Aziz atau Nora Danish. Nescaya korang akan kecewa. Haha

Current mood: Badan masih panas dan selsema.
Listen to: Arsenal vs Stoke.
After this: Mandi jap.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe