10/08/2012


Dalam bulan puasa ni, tiba-tiba aku terkenang tazkirah ofismate aku yang dah resign tahun lepas. Dia adalah seorang yang pendiam dan banyak mendiamkan diri. Tapi mudah memberikan senyuman. Cakap pun baik-baik sahaja.

Cuma masa last day die nak resign, dia ada bagi sedikit tazkirah selepas senaman pagi. Tajuknya ialah budaya menyindir,

Secara ringkas la, biasanya orang menyindir ni memang bertujuan untuk menyakitkan hati seseorang atau sesetengah pihak. Bergantung siapa dan kepada siapa sindiran tu ditujukan, 

Contohnya kalau orang tu tak tutup aurat, then kalau kita sindir dia untuk tutup aurat. Itu bertujuan baik walaupun orang tak tutup aurat tu panas telinga.

Contoh yang tak baik ialah, A tak baik dengan B. Then A ada buat silap. Lepas tu B ni sengaja menyindir untuk sakitkan hati B.

Daripada apa yang aku perhatikan menyindir ni lebih kepada cara orang tua untuk menegur. Memang biasanya orang tua yang suka menyindir. Mungkin sindiran ni nampak lembut sikit berbanding straight foward.

Cuma dalam masyarakat kita, menyindir ni sering digunakan untuk menyakiti hati orang yang kita tak suka.  Biasanya si penyindir ni tahu dia tujukan sindiran tu ditujukan kepada siapa dan orang yang disindir tu pun biasanya tahu yang dia sedang disindir.

Sindiran ni jugak macam chain reaction dalam bentuk dendam. A yang disindir akan dendam dengan B yang menyindir dan akan cari peluang untuk balasa dendam dan looping ni akan berterusan selagi takde pihak yang nak mengalah.

Lebih memburukkan keadaan sindiran ni bercampur dengan fitnah.

Sebab tu mana-mana opis or organisasi yang hura-hara, tak sefahaman dan berpuak-puak ni, cubalah kita join diorang, mesti kita akan dapati budaya sindir menyindir ni berleluasa. Sindiran tak semestinya dalam bentuk percakapan, boleh jadi dalam bentuk, surat, poster, emel dsb dan niatnya ialah untuk menyakitkan hati.

Begitulah ringkasnya tazkirah ofismate aku yang dah resign tu. Dengan Ramadhan kali ni, maka genaplah setahun dia dah resign dan aku dah takde kawan perempuan kat opis lagi.

Current mood: Tak ngantuk la pulak. Insomia ni,
Listen to: olympic kat astro
After this: Makan megi.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers