30/08/2012


Tajuk entry pun dah macam teka teki. Haha. Boleh juga kalau nak buat soalan. Apa dia, kecil di kedai, tapi besar di masjid?  Jawapan die ialah duit. Hoho.

Petang tadi, aku terbaca satu tweeter, lebih kurang macam tula, kalau RM50 kat masjid rasa besar sangat nak menderma. Tapi kalau kedai, rasa RM50 tu kecik je. Ape bende sangat la dapat beli dengan zaman sekarang ni kan?

Ok la, terus terang, aku pun antara salah sorang jenis macam tu la. Kalau nak derma RM50 kat tabung surau rasa macam banyak sgt. Tapi beli phone beratus-ratus boleh pulak cakap murah kan? Pelik ke tak? Kalo tak fikir apa yang aku fikir, Alhamdulillah. Hehe.

Tula pasal, dah terbalik ye tak. Patutnya kat masjid la kita derma banyak-banyak. Sebab semua tu insyAllah akan dikurniakan pahala bergantung kepada keikhlasan kita. Tapi nak buat macam mana, pahala tu tak nampak. Kalau la pahala dan dosa tu kita boleh nampak,...

Ok, tu jela, sekadar muhasabah diri juga. Semoga kita berubah menjadi lebih baik setiap hari. Aminnn...

Current mood: Mengantuk. Jom tidor.
Listen to: Initial D Soundtrack
After this: Tidur.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe