04/08/2012


Mari kita berfikir secara reverse. Kalau kereta yang dihasilkan makin kurang penggunaan petrol, nanti siapa nak beli petrol?

Disebabkan harga petrol yang semakin mahal, maka pengeluar-pengeluar kereta struggle untuk menghasilkan kereta yang menjimatkan petrol. Macam-macam cara digunakan, hasilkan enjin yang lebih efisien, badan kereta yang lebih aerodinamik dan ringan, tayar yang kurang rintangan dsb.

Dari segi jualan pun, memang kereta yang jimat petrol jauh lebih laku berbanding kereta yang boleh pergi sampai 200km/h. Kalau setakat nak guna untuk pergi kerja or kedai, tak guna pun 200km/h tu. Maka kenapa perlu membazir.


Pembakaran bahan api pula berkaitan dengan pencemaran udara. Maka muncullah satu lagi kempen yang giat dijalankan sekarang, kempen hijau. Kalau boleh semua nak green technology. Dengan penghasilan kereta jimat minyak dan kempen hijau ni, maka lagi kurang la orang beli petrol.

Persoalannya, siapa nak beli petrol nanti kalau Electric Vehicle mula dihasilkan secara mass pro? Memang industri bahan api fossil besar, tapi majoriti kemewahan yang diorang nikmati sekarang hasil jualan bahan bakar kereta.


Kalau bahan api tak laku, lingkup la company-company oil n gas ni. Ni yang  buat aku syak, mungkin teknologi hybrid dan EV dan ditemui lama tapi dirahsiakan untuk menyelamatkan company oil n gas.


P/S: Dulu ada rumours mengatakan, ada saintis berjaya buat enjin yang bahan bakar die air. Lepas tu beliau kene culik dan kajian tersebut dimusnahkan. Entah le....

Current mood: Mengantuk
Listen to: Maria - Kim Ah Joo
After this: Tido....

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe