28/08/2012


Secara peribadi, aku memang tak percaya dengan kajian yang tidak diketahui secara detailnya. Memang banyak kajian 'tibe-tibe' keluar dalam paper. Tiba-tiba je keluar statement. Tak tahu asal usul.

Aku nak tengok dulu scope kajian, siapa target sample, apa kriteria yang boleh dikira curang? adakah hubungan tu sampai atas katil? setakat keluar makan tengah hari? setakat sms tanye membe lama? Banyak bende yang boleh dipersoalkan tentang kesasihan kajian 'tiba-tiba' ni. Sampai la aku tengok dengan mata aku sendiri dokumen kajian ni, baru la lapang dada sikit aku nak percaya.

Ok, berbalik kepada curang, aku tak setuju hanya satu pihak yang dipersalahkan untuk jadi champion curang. Peluang untuk curang zaman sekarang ni terlalu open. Siapa-siapa pun boleh jadi curang. Nak atau tak je.

Inilah side effect perkembangan teknologi komunikasi masa kini. SMS, laman sosial, chatting apps dsb. Terima kasih kepada teknologi-teknologi ni yang menyebabkan aktiviti semakin curang dan pantas.

Majoriti pasangan zaman sekarang bekerja. kalau sorang je bekerja, memang parah la tiap-tiap bulan. Dalam sehari, kita akan bersama dengan offismate kita lebih kurang 8 jam berbanding dengan pasangan kita cuma dalam 4 or 5 jam sahaja. Itu belum dikira kalau ada affair dalam phone chatting. 

Cuma lelaki curang ni ada advantage berbanding dengan perempuan sebab lelaki boleh kahwin lebih. Sebab tu lelaki yang curang ni orang akan cakap "alah biasa la lelaki". Biasanya kejian yang diterima oleh perempuan curang lebih tinggi daripada lelaki.

Zaman sekarang ni, hanya kesetiaan je yang mampu menghalang kecurangan. 

Current mood: Mengantuk dan selsema
Listen to: Nobody - Wonder Girls
After this: Tido.zz

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe