24/08/2012


Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Benar. Tapi itu tak menjadikan negara kita unik sebab negara lain lagi banyak kaum. Paling dekat Singapore la. Cuma apa yang menjadikan negara kita bagus ialah kita semua boleh hidup bersama dan aman damai. Tiada masalah sebab majoriti kita saling hormat-menghormati.

Saja je post sikit-sikit pasal negara ni. Almaklumlah, dah nak dekat Hari Kebangsaan ni. Setiap tahun mesti skrip sama keluar di Tv mahupun suratkhabar. So tak perlu la aku tulis panjang lebar pasal bende yang semua orang dah tahu ni.

Walaupun kita semua hidup aman damai, tapi tak semuanya bersatu. Biasa la manusia. Masing-masing ada kepala sendiri. Nak menyatukan semua orang memang mustahil. Menyedari bertapa pentingnya perpaduan ini, maka pelbagai usaha telah diwujudkan melalui secara rasmi atau tidak rasmi agak kita semua bersatu. Tapi sampai hari ni, aku tengok dengan mata aku, kita semua masih lagi jauh daripada bersatu melainkan di atas buku teks sekolah, iklan tv, suratkhabar.

Daripada banyak-banyak usaha yang aku tengok, usaha yang paling berjaya ialah kedai mamak. Ya kedai mamak. Di kedai mamak la kita semua boleh duduk bersama. Semua kaum makan di kedai mamak. Begitu juga dengn parti politik. Semua nya boleh duduk di kedai mamak.

So kalau kita nak tengok contoh perpaduan di Malaysia, tengok la di kedai mamak. Hehe.

Tapi aku pernah tengok dengan mata kepala aku sendiri, ada satu peristiwa lagi yang aku rasa sangat 1Malaysia, iaitu masa perhimpunan Bersih 3.0 tempohari. Saling tolong-menolong, saling melindungi dan satu hati. Hanya yang ada di tempat kejadian je tahu kisah sebenar. Aku tak pernah jumpa lagi mana-mana situasi dan event, yang originially pure 1Malaysia berbanding masa Bersih 3.0 tempohari.

Anyway, "One Mamak, unite them all". Lol

Current mood: Mata pedih lagi. Banyak sgt tgk phone kot.
Listen to: TV3
After this: Off to Shah Alam

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List