25/08/2012


Movie yang termasuk dalam waiting list aku. Malangnya keluar masa aku balik kampung. Aku hanya mampu tengok lepas aku balik KL. TE2 kali ni menampilkan lebih ramai otai lama berbanding dengan TE1.

Ringkasan:

Cerita dimulakan dengan satu misi menyelamat seorang lelaki misteri di Nepal. Sebuah kem askar telah di ambush oleh geng TE2 ni. Setelah menghapuskan semua halangan, diorang sampai ke bilik lelaki misteri tersebut. Rupa-rupanya lelaki misteri tersebut ialah Arnold. Dipendekkan cerita, diorang berjaya melepaskan diri dengan jayanya.

Then, diorang telah diugut oleh Bruce Willis, something yang berkaitan dengan TE1. Aku tak ingat detail pasal TE1. Untuk melangsaikan hutang tersebut, geng TE ni dikehendaki untuk mengambil sesuatu yang berharga daripada sebuah kapalterbang yang terhempas di hutan Albania. Nampak misi tersebut macam mudah. Malangnya geng TE telah diperangkap oleh SANGS yang diketuai oleh Van Damme dan salah seorang ahli newbies mereka telah dibunuh.

Ape lagi, geng TE tak puas hati la. So bermulalah misi membalas dendam mereka. So adakah mereka berjaya dalam misi membalas dendam tersebut?


Komen:


Seperti yang dijangka, typical cerita america, hero always perfect. Ibarat diorang activekan God Mode dalam game Quake 3. Ada dua kemungkinan; sama ada orang jahat tu bengan sangat sampai tembak tak kena n lembab or hero cerita amerika ni memang invincible beserta shooting accuracy 100%. Kene je diorang tembak. Even outnumbered pun, still bleh menang.

Memang dari mula cerita, sampai la habis, boleh dikatakan 90% tembak-tembak dan letup-letup. Ada member cakap, dia boleh terlelap masa tengok movie ni. Sebelum pejam mata, tembak-tembak. Lepas buka mata pun still tembak-tembak. Haha.

Aku fikir, movie ni cuma nak dijadikan medan untuk hero-hero veteran ni melepaskan gian untuk berlakon cerita aksi dan mengubat rindu peminat zaman kegemilangan diorang. Dari segi jalan cerita memang sangat simple. Cuma dari segi aksi aku rasa not bad. Still immpressive untuk golongan veteran macam diorang ni.

Dalam TE Mickey Rouge tidak kelihatan dan watak Jet Li sgt la minor. Mungkin sebab panambahan watak Arnold, Van Damme, Chuck Norris, so budget kene cut kot. Sian Jet Li. Sebagai ringkasan, marilah aku senaraikan hero-hero veteran ni:

Stallone - Rambo
Arnold - Terminator
Bruce Willis - Officer McClane
Statham - Transporter
Van Damme - Universal Soldier
Jet Li - Lethal Weapon
Chuck Norris - Missing In Action dan banyak lagi.

Cuma penipuan paling besar dalam TE2 ni ialah, diorang semua boleh survive tanpa kecederaan dalam plane crash. Kapal terbang diorang tak meletup seperti typical plane crash dalam filem hollywood.

Akhir kata, sekiranya stallone plan nak buat TE3, diharapkan beliau tidak melupakan Rajnikant. Takkan beliau tak tahu kehebatan Rajnikant. Untuk lebih dramatik, elok buat Rajnikant jadi villain kot. Tengok, diorang boleh menang tak? Hahaha.


Current mood: Mengantuk sikit
Listen to: Bundlesliga
After this: Minum air suam.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers