05/08/2012

Tadi aku tengok berita. Tiket raya dah habis. Then ada beberapa student di interview. Diorang mengeluh tentang harga tiket yang melambung dan awal-awal lagi dah habis.


Well, aku terkenang masa zaman student dulu. Ya, benar. Kalau nak selamat, kene beli tiket balik kampung at least masa hari pertama puasa kalau plan nak balik raya dengan bas. Kalau nak beli lagi seminggu dua sebelum raya, memang siap sedia la kene sembelih. Sebab harga tiket bas tambahan ni memang akan jadi 2 kali ganda.

Pada waktu biasa, harga tiket dari JB ke KL dalam RM30 je. Tapi bila raya, boleh cecar sampai RM60. Ada member aku yang duduk Perlis lagi kesian. Tiket harga biasa cuma RM90. Tapi bila tiket bas extra boleh cecah RM220. Top up sket lagi boleh naik kapal terbang da.


Tapi aku cuma naik basa masa tahun pertama je. Start tahun kedua, aku balik naik motor je. First konvoi kitorang pun memang masa puasa. Biasanya lepas sahur dah gerak dan aku tibe rumah biasanya sebelum zohor. Kos cuma RM12 je utk minyak. Jimat dan tak perlu risau.

Lagipun dah alang-alang jadi anak muda di perantuan, memang feeling bila sampai rumah. Untuk menambahkan mood, aku pasang lagu raya dlm phone dan sumbat telinga dengan earphone. Layan habes. Perjalanan 6 jam tu tak terasa pun.


Indah betul kenangan masa tu. Sekarang ni kalau nak balik kampung, naik kete jela.

Current mood: Baru lepas bangun tidur.
Listen to: Suasana Hari Raya - Anuar dan Elina
After this: Bersiap nak pergi 'berperang' kat Sogo.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List