26/08/2012


Masa zaman kanak-kanak hidup kita senang je kan. Takde siapa pedulik kita pakai baju brand apa, apa hobi kita, dengan siapa kita kawan, takde siapa kisah kita hensem ke tak, kurus or gemok, hitam or putih, tinggi or pendek.

Kita pun bebas bercakap apa saja tanpa perlu rasa bersalah sebab nanti orang akan cakap, "ala, biasa la budak-budak".  Kalau makanan tu tak sedap kita cakap tak sedap. Kalau bende tu tak best kita cakap tak best, kalau budak tu jahat, kita cakap je jahat. Senang. Tak payah nak cover-cover.

Then bila kita makin membesar, hidup ni menjadi semakin lama semakin complicated di mana, kita perlu lebih banyak berbohong demi menjaga hati orang lain dan menyelamatkan diri sendiri. Setiap perbuatan kita biasanya kita akan fikirkan dulu "Nanti apa orang cakap pulak?" Kita dah tak sebebas dulu.

Point aku sebenarnya merefer kepada gambar di atas. Ya, hidup ini memang mudah kalau kita berterus terang dan tidak berbohong. Namun kebenarannya, mustahil kehidupan ini tanpa rahsia dan pembohongan. Setiap orang sedikit sebanyak pun pasti ada rahsia sendiri dan perlu bercakap bohong demi kehidupan.

Bagi aku la, gambar di atas adalah benar sekiranya korang hidup dengan robot. Tapi kalau korang hidup dengan manusia, korang mesti tahu dan faham ayat-ayat di atas cuma retorik semata (macam Najib la pulak ayat aku. haha)

Current mood: Selsema disertai dengan lapar.
Listen to: Arsenal vs Stoke
After this: Rehat2 jela. Esok keje.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe