08/08/2012


Kalau nak diikutkan, ni novel FIXI pertama yang aku beli, tapi agak lambat aku membacanya. Sebab aku nak habiskan beberapa novel dulu. Serius aku beli sebab tertarik dengan sinopsis belakang die. Aku rasa novel ni memang akan jadi kontroversi sebab isinya mungkin agak 18SX. Bagi aku, agak berani jugak la penulis novel ni menulis pasal liwat. Sesuatu yang kita jarang bincangkan 10 or 15 tahun lepas. Tapi dah jadi satu pengetahuan am rakyat Malaysia hari ni. Kredit kepada kerajaan Malaysia kerana mempopularkannya.

Novel ni simple je sebenarnya. Jalan cerita yang lite dan banyak flashback serta imaginasi watak utama. Then ada diselitkan falsafah dan prinsip penulis. Ayat untuk cerita simple dan mudah difahami. Tapi bila bab falsafah, bahasa die agak heavy dan rumit untuk dihadam.

Bagi aku, penulis cuba mengetengahkan tentang isu-isu kerosakan akhlak yang berlaku dalam masyarakat pada hari ni, seks bebas, sumbang mahram, liwat, hubungan sulit, cougar, ponteng sekolah, rasuah, lari daripada rumah, orang alim yang alim di luar tapi gila sex dan perempuan merokok walaupun pakai tudung. Boleh dikatakan isi kandungan novel ni agak 18sx. Kalau ada imaginasi kuat memang boleh stim punye. Hehe. Cuma bila cerita bab liwat, agak geli la jugak. Info yang aku dapat daripada member aku, novel ni mcm dah diharamkan.

Secara ringkas, novel ni mengisahkan tentang Warith yang on the way nak balik kampung setelah terima kematian bapanya. Dia balik kampung bersama cougar aka sugar mummy yang jaga die. Diorang bersekedudukan dah 2 tahun. Warith 16 tahun, Suria (cougar) 31 tahun. Sepanjang perjalanan balik kampung, banyak cerita pasal flashback Warith. Then bila dah sampai kampung, diorang jumpa detektif Anthony yang juga bekas skoolmate Suria. Kali ni bercampur pula flashback Suria, Warith dan Anthony. Lepas tu sikit demi sikit, misteri mula terbongkar dan akhirnya memberikan ending yang mengejutkan Serius mengejutkan tapi agak tergantung. So baca la sendiri kalau nak tau.

Apa yang aku boleh spoilkan kat sini ialah Warith ni masa kecik die kene liwat. Dah besar die pula meliwat, 

Curret mood: Nak makan apa ea sahur ni.
Listen to: Sahabat - Najwa Latiff
After this: Tak decide lagi.


1 comments:

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe