25/08/2012


Mudah untuk difahami walaupun aku bukan dalam bidang programming dan ianya ditulis oleh seorang wanita. Sesuatu yang rare di Malaysia.

Di Malaysia, majoriti penulis wanita akan menulis novel berunsur percintaan aka jiwang. Berlambak-lambak novel jiwang di kedai-kedai buku. Pelik jugak aku, tak bosan ke? Aku rasa cerita mesti lebih kurang.

Ok, kita tinggalkan pasal cerita jiwang-jiwang ni, mari fokus kepada novel Jerat ni.

Sinopsis:

Dimulakan dengan pembunuhan dua orang lelaki dan insiden langgar lari seorang wanita. Ketiga-tiga insiden ni berkaitan dengan satu tender IT yang bernilai RM400 juta. Selepas insiden langgar lari tersebut, Shereen (watak utama) telah terlantar di hospital dan hilang ingatan.

Selepas dibenarkan keluar daripada hospital, dia kembali semula bekerja. Masalah utama yang dihadapinya ialah cuba mengingati semula siapa orang-orang di sekeliling dia. Dia sedar yang mereka semua mengenali dia, cuma die sahaja yang tidak kenal mereka.

Pihak polis masih meneruskan siasatan tentang ketiga-tiga insiden yang berlaku kerana percaya ianya memang berkaitan dengan tender IT RM400 juta tersebut. Selepas dua bulan insiden tersebut berlaku, pihak polis masih gagal untuk menangkap dalang di sebalik insiden tersebut.

Sementara itu, ingatan Shereen kembali pulih sedikit demi sedikit setelah mula bekerja. Maka dia sendiri tertanya-tanya bagaimana kesemua insiden ini boleh berlaku. Dengan meneliti fail-fail lama di dalam laptop dia dan dengan info-info yang diberikan oleh offismate ianya ibarat menyusun jigsaw puzzle. Lama kelamaan gambar yang dicari semakin jelas. 

Malangnya, setelah mengingati apa yang berlaku, sesuatu yang buruk telah menimpa beliau dan rakan-rakan beliau. Apakah yang berlaku dan siapakah dalang di sebalik insiden tender RM400 juta tersebut?

Ulasan:

Novel ni banyak berkisar kepada bidang programming. Nasib baik la aku ada beberapa kawan programmer, maka apa yang disampaikan dalam novel ini mudah difahami dan dibayangkan. Sebelum baca novel ni, aku tak terfikir sangat pun pasal tender bidang IT ni. Selalunya tender ni lebih kepada construction. Tapi aku tau memang wujud tender IT masa PM umumkan pasal projek emel 1Malaysia yang bernilai RM50 juta. Tapi sekarang tak tahu ape citer.

Tapi dari segi keseluruhan, novel ni agak thriller jugak cuma tak dapat lari daripada cliche filem hollywood di mana, dalang insiden tu sebenarnya kawan rapat dia sendiri. Walaupun cliche, aku akui, ianya agak mendebarkan dan mengejutkan bila mengetahui siapa dalang sebenarnya.

Ini kerana, penulis berjaya mewujudkan situasi yang menyebabkan kita confuse dalam mengesan penjenayah. Orang yang kita ingat jahat tu rupanya baik dan orang baik tu sebenarnya jahat. Memang aku suka unsur twist macam ni.

Untuk seorang perempuan dan bertudung, aku rasa penulis agak open dalam isu 18sx. Ada la beberapa unsur 18sx yang diselitkan. Biasanya penulis lelaki je yang daring tulis pasal bende 18sx ni. Agak deep jugak la. Sampai boleh dibayangkan dengan mudah. hehe. Tapi since, penulis pun isteri orang, so acceptable. Of course la ada experience. hehe. Tapi aku rasa mana-mana office pun mesti ada scandal dan hidup di KL pun memang agak sosial.

Tapi memang btol la orang cakap, sebenarnya kalau nak pandai bidang programming ni bukan susah pun. Belajar sendiri slow-slow pun boleh master sebenarnya. Tak perlukan formal education pun takpe. Cuma untuk nampak lebih professional, tak boleh lari daripada formal education.

Overall, novel ni menarik tapi tak membuatkan aku untuk menghabiskannya sepantas mungkin. Bagi aku die menarik sebab tak banyak or takde kot citer pasal IT geek macam ni cuma disebabkan storyline die agak cliche, so aku tak rasa cargas untuk mengabiskannya.

Apa yang aku nak spoilkan kat sini ialah hakikat sebenar Melia sangat mengejutkan. Huhu

Current mood: Mengantuk da.
Listen to: Lepaskan - Wanna
After this: Tidor.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe