08/08/2012


"Kisah yang padat dengan branded"

Setelah berfikir, aku rasa itulah tagline yang paling sesuai untuk bagi gambaran keseluruhan novel ni. Masa aku baca sinopsis novel ni, aku imagine novel ni akan berkisar tentang Kasino. Aku terbayang macam cerita King of Gambler, Con Man, Ocean 11, Casino Royale, Maverick. Tapi aku dihampakan sebab kisah dalam kasino hanya 1/4 kot daripada keseluruhan novel.

Sebenarnya novel ni lebih kepada kisah politik. Ya, watak utama Dato Narcissus (DN) ialah seorang bisnesman yang takde apa-apa jawatan dalam politik, tapi sebenarnya memainkan peranan penting di sebalik tabir. Orang macam ni lah yang selalu digelar 'tangan ghaib'. Penentu kepada polisi dan hala tuju sesuatu parti politik atau kerajaan.

Dalam politik, semuanya memerlukan duit. Daripada berkempen sampai la buat kerja-kerja haram. Sebab cara paling berkesan nak beli manusia ialah dengan duit. Biasanya parti politik memerlukan funder untuk terus hidup. Funder ni akan feed duit. Sebagai balasan, bila parti tu menang, diorang kene balas budi funder. Sebab tu dalam realiti banyak decision government agak pelik dan rasa macam tak adil. Mana-mana parti politik pun sama sebab masing-masing ada kroni dan funder masing-masing.

DN sangat well connected. Daripada awal novel sampai la ke penghujung, bila die ada masalah, ada je kaki yang die boleh kontek. Kaki ni bukan level-level kaki baby. Kaki bapak orang aka boss besar. So segala urusan die jadi sangat mudah dan senang. Just a phone call dah cukup.

Contohnye masa die kene black mail dengan satu nombor misteri, die just call je CEO company telco tu untuk tahu pemilik nombor tersebut. Senang je. Masa dia kena pukul pun, die just cerita je dekat inpsektor polis tu dalam phone, then polis tu yang karang report untuk die. DN cuma perlu datang dan sain je. Siap boleh suruh polis tu hantar budak die pergi gertak orang yang pukul die. Yang lebih best lagi, polis tu siap kawan baik dengan ketua geng kaki pukul. Sebab tula, ada sesetengah kaki pukul ni, die tak takut sebab kabel diorang besar.

Dari segi lifestyle, memang mewah gila kot. Semua yang die pakai, minum dan drive, sume imported. Tak main la barangan buatan tempatan. Memang banyak sangat brand yang di mentioned dalam novel ni. Ada sesetengah brand tu common yg slalu aku jumpa kat uptown, yang aku tak pernah dengar pun banyak. Aku tak pasti macam mana penulis novel ni boleh tau detail branded siap dengan specific design. Sama ada die buat research dulu or memang lifestyle die pun macam tu.

Apa yang menarik perhatian aku pasal DN ni ialah, arak dan sex tu dah macam makanan. Tapi sembahyang tak pernah tinggal. Walau sibuk macam mana or ke mana pun die pergi, die tak pernah tinggal solat. Siap jamak lagi. Die ada simpan 2 gundik dan minuman kegemaran red wine. Kalau pergi oversea tu selamba je makan ayam daging. Tak fikir halal haram.Then main judi sambil minum arak. Banyak lagi la bende-bende haram die buat. Tapi solat tetap jaga. Itulah prinsip die.

Sebenarnya DN ni bukan la tahi judi. Die jarang main judi. Tapi bila die main, boleh dikatan 70% die akan menang. Luck die tinggi. Kisah dalam kasino pun hanya hujung-hujung dan aku pun tak paham apa yang diceritakan. Aku memang tak familiar langsung terms kasino dan game-game dalam die. 

Secara ringkasnya, novel ni mengisahkan apa yang berlaku dalam masa dua minggu sebelum DN akan didakwa terhadap kes pecah amanah. Untuk mengelakkan die didakwa, die perlu membayar semula duit yang die songlap. Itupun kes die jadi isu sebab kerajaan bertukar dan of coz, bila kerajaan bertukar, otomatik kotnraktor pun akan bertukar. So dalam masa 2 minggu ni die struggle nak cari RM3 juta untuk dipulangkan. Sampai la ikhtiar last die, pergi berjudi kat Marina Bay Sands. Nak tau die menang or kalah, memang kene baca sendiri la ye. Hehe.

Kesimpulannya, kalau nak jadi kontraktor ni, jangan tunjukkan sangat yang korang satu side dgn sesuatu party kalau nak survive. Macam DN ni, last-last, ahli politik PR pun die berjaya beli jugak. So tu dah menyelesaikan banyak sgt masalah. Once kerajaan bertukar, otomatik kroni dan kontraktor pun akan bertukar. True story. Aku ada kenal sorang pakcik kontraktor yang terpaksa jual kereta dan rumah die lepas PR pegang selangor sebab takde projek.

Current mood: Segar sebab tadi tido lepas tarawih
Listen to: Im Sexy and I know It - LMFAO
After this: Tak decide lagi.








0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers