08/08/2012


Bila aku baca novel ni, aku teringat drama Jepun Kurosagi. Kisah si penipu. Walaupun penipu tapi sebenarnya dia menipu orang yang menipu orang lain. Kira penipu makan si penipu.

Sebenarnya aku agak kagumi juga penipu ni. Aku rasa salah satu profession yang agak macho di dunia ni selain James Bond ialah penipu aka swindler. Kool kot aku rasa. Bukan senang nak tipu orang. Kene buat reseacrh dan strategi dulu. 

Mostly swindler ni bermotifkan duit dan balas dendam. Mungkin pengaruh daripada Robin Hood, maka cerita menipu untuk tolong orang dihasilkan. Entah la, bagi aku sama je. Tetap menipu dan hasilnya tetap haram. Menipu ni sama macam mencuri. Bila dah jadi habit memang susah nak berhenti.

Plot dalam novel ni tak beberapa strong dan agak ringkas. Ianya menceritakan bagaimana Fira dan ayahnya boleh berkecimpung dalam dunia penipu professional. Bermula daripada menipu kecik-kecik sampaila melibatkan jutaan ringgit. Tapi tak semua penipuan yang diorang rancangkan berjaya. Ada jugak yang kantoi. Then bila dah selalu sangat buat keje menipu, orang akan alert pasal kewujudan diorang ni.

Rais, kakak kepada Sazila, mangsa penipuan Alias (ayah Fira) telah berjaya mengkantoikan Alias. Akibatnya, Alias dan Fira terpaksa melarikan diri ke pedalaman untuk sementara waktu. Mereka terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan. Lebih malang, Fira telah kehilangan dara semasa bekerja sebagai kerani di syarikat balak. Selepas beberapa tahun, mereka decide untuk balik semula ke semenanjung di samping untuk cari Rais untuk membalas dendam.

Kisah jadi lebih menarik bila Fira berjumpa dengan Sadik yang juga seorang penipu profesional. Dari situ bermulalah kisah demi kisah penipuan mereka. Walaupun tak berkahwin, tapi kehidupan mereka dah macam suami isteri. Memang kehidupan mereka ni macam takde agama je. Makan main hentam dan tak pernah solat dan lifestyle diorang sex bebas. Yela, kalau fikir pasal agama, memang diorang tak buat kerja-kerja menipu ni.

Nak dijadikan cerita, diorang jumpa semula Rais yang dah jadi wakil rakyat. So ape lagi, diorang pun buatlah rancangan nak membalas dendam. Malangnya rancangan tersebut berakhir dengan tragedy. 

Selepas tragedi itu, Fira bercadang untuk berhenti menipu dan hidup macam manusia biasa bersama Sadik. Lagipun umur dah makin meningkat. Teringin juga nak menimang cahaya mata dan bekerluarga. Maka diorang plan untuk membuat satu penipuan terakhir dan bertaubat. Lagipun duit dalam bank dah beratus juta. Boleh hidup selesa.

So apakah yang berlaku pada penipuan terakhir mereka? Adakah berjalan dengan lancar atau mereka diperangkap kali ni? Nak tau kene baca sendiri la. hehe.

Ending novel ni agak tergantung. Aku rasa macam boleh buat sekuel lagi sebab watak Mahadi yang bermain di belakang tabir masih lagi misteri dan apa yang berlaku pada Fira selepas penipuan terakhir tu pun agak samar. So aku tak terkejut kalau ada sequel lepas ni. Kalau novel ni nak dijadikan filem ok jugak sebab tak memerlukan CGI dan stun yang banyak pun. Tapi story line still menarik.

Current mood: Lapar la pulak. Sape la masak pagi-pagi buta ni.'
Listen to: Hotel California - Eagles
After this: Cari pemakan. huhu

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe