24/08/2012


Late is better than never. Walaupun sudah 6 hari di hari raya, rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Tak sempat hari tu nak wish sebelum raya. Sibuk berkemas nak balik kampung punye pasal. Sampai kat kampung, internet tak ok n sibuk berborak dgn ipar dan anak buah. Maka terbengkalai la nak wish.

Aku sekarang dah ada kat KL. So far, masa balik kampung hari tu, kitorang balik awal. Traffic tak sesak lagi. Masa nak balik KL, aku guna strategi 'Night Kid'. Balik malam. Pukul 12 malam baru bertolak. Jalan memang clear walaupun hujan lebat. Alhamdulillah, selamat balik dan pulang walaupun ada beberapa insiden yang hampir accident.

Agak meletihkan juga raya di kampung ni sebab banyak tempat nak kene drive dan tidur yang agak tak mencukupi. Faktor kekenyangan melantak ketupat juga memburukkan keadaan. Tapi so far, semua yang dirancangkan berjalan lancar.

Biasa la, dah besar ni raya dah tak sehappening macam zaman kanak-kanak n remaja. Yela, dah takde orang nak hulur duit raya. Nak main mercun pun macam dah bosan. Hehe. Cuma happy jela, tengok budak-budak bergembira dapat duit raya dan gelagat diorang.


Bersempena raya ni, Olympic pun dah habis. Tahniah kepad Lee Chong Wei dan Pandelela. EPL pub satu. Start betul-betul masa raya. So far, aku tak tgk lagi mana-mana game season baru ni. Huhu. Mungkin sebab tu MU kalah kot. Huhu. Yang pastinya, dengan bermulanya musim bolasepak Eropah ni, maka malam hujung minggu kembali ceria. Yeah!!

Ok, sampai sini jela. Next week akan bermula pesta open house dan Lembah Klang kembali sesak dan cabaran untuk menguruskan badan maintain sukar.


Gambar hiasan: Kawal pemakanan anda di musim perayaan ini

Current mood: Ngantuk lagi ni akibat Insomia
Listen to: T.H.E - Will.I.Am, J-Lo, Mick Jagger
After this: Tak decide lagi nak buat apa

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List