02/08/2012


sports fundraising
Aku suka main bolasepak dan futsal. Aku juga seorang yang righty aka bukan kidal. Maka aku lagi banyak gunakan kaki kanan berbanding kaki kiri. Tapi yang peliknya, sepanjang aku main bola, kaki kiri aku lebih banyak injured banding kaki kanan.

Kaki kanan hanya akan injure kalau terseliuh. Tapi kaki kiri ni, memang kalau aku banyak merembat, dia juga akan sakit.

Then baru aku perasan, kunci kekuatan sesuatu rembatan tu bergantung juga kepada kaki yang yang support. Ok, aku sepak kaki kanan, tapi kiri aku akan absorb counter force daripada bola masa melakukan rembatan. Nak bagi senang faham, kaki kiri ni kena kuat dan stabil atas tanah, baru bola tu boleh pergi jauh.

Lagi banyak aku rembat, lagi banyak force yang kaki kiri ni kene absorb. Kalau lagi kerap aku punye match, lagi sakit la kaki kiri ni.

Sampai sekarang pun, kaki kiri still sakit especially kat area tumit dan buku lali. Dulu masa zaman uni yang aktif main bola, aku boleh sepak kaki kiri dan kanan. Cuma dah zaman semi-pro ni banyak kaki kanan je.

Mungkin ada benar juga peribahasa melayu, "Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit juga"


Current mood: Relaxing
Listen to: Like a G6 - Far East Movement
After this: Another post.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers