29/08/2012


Aku rasa nombor 599 mesti ada makna untuk Masashi Kishimoto (pencipta Naruto) sebab akhirnya dia decide untuk dedahkan identiti Tobi pada chapter 599.

Aku rasa ada la 5 tahun selepas watak Tobi diperkenalkan. Kalau tak silap tahun 2007. Masa tu aku tak grad lagi kot. Gile punye lama rahsia ni disimpan.

Tapi aku respek btol la dengan Masashi ni. Maknanya story line ni die dah fikir 5 tahun dulu. Jauh betul planning die. Memang watak Tobi tu diwujudkan untuk jadikan salah satu watak penting kemudiannya.

Masa chapter diorang kecik, aku ingat tujuan chapter tu untuk tunjukkan macam mana kakashi boleh dapat sharingan, tapi sebenarnya ada tujuan lain yang lebih jauh ke depan melangkaui pemikiran pembaca. Genius.

Sebelum ni macam-macam teori keluar tentang siapa sebenarnya Tobi. Watak yang paling kerap diperkatakan tak lain tak bukan ialah Uchiha Madara. Then ada yang kata tu adik Madara, Tobi tu Orochimaru la, 4th hokage la. Macam-macam cerita keluar.

Rupa-rupanya memang betul, Tobi itu ialah Obito. Cuma misteri yang tinggal sekarang ialah macam mana die boleh survive masa The Great Bridge Incident? Mesti akan diberitahu masa next chapter kot.

Cuma sekarang ni, aku tak rasa Obito akan jadi final enemy. Final enemy mungkin Sasuke or Madara.

Sori la, post ni hanya pembaca Naruto je paham kot. Hehe

Curent mood: Kenyang lagi.
Listen to: My Name Is Khan
After this: Minum milo


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List